Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Sunday, June 15, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Ibu mengaku bersalah bersubahat dengan suami rogol anak

by Team Kepochi
January 31, 2024
2 min read
5 0
0
Ibu mengaku bersalah bersubahat dengan suami rogol anak
Share on FacebookShare on Twitter

Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhi hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang suri rumah kerana bersubahat dengan suaminya merogol dan meliwat anak kandung, kononnya mahu membuang santau, tiga tahun lalu.

Hakim Abu Bakar Manat menjatuhkan hukuman itu selepas wanita berusia 41 tahun itu mengaku bersalah bersubahat dengan suaminya yang juga bapa tiri mangsa berusia 43 tahun.

Suri rumah itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 376B kanun sama, selepas bersubahat dengan suaminya merogol mangsa dalam bilik wanita itu di sebuah rumah di Segamat, pada jam 11.30 malam, pada 2021.

RELATED STORIES

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

June 7, 2025
Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!

Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!

June 7, 2025

Bagaimanapun, suami wanita itu mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, Disember lalu.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar berkata, sebagai ibu, tertuduh sepatutnya mempertahankan anak kandungnya daripada diperlakukan sedemikian.

“Kamu (tertuduh) berpeluang untuk menyelamatkan anak-anak, dengan mendapatkan bantuan orang lain, dan bukannya bertindak seperti ini.

“Melihat kepada fakta kes, kamu masih ada ruang dan perbuatan kamu (bersubahat) melebihi kepentingan terhadap anak sendiri,” katanya.

Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, mangsa membuat laporan polis pada 8.30 malam, 13 November lalu mendakwa dirogol secara paksa oleh bapa tirinya hampir setiap hari.

Perbuatan dilakukan bapa tiri durjana itu kononnya mahu mengubati penyakit santau dan mangsa juga dirogol walaupun dalam keadaan datang bulan.

Pada mangsa sama, mangsa turut dijadikan ‘isteri kedua’ bapa tiri durjana itu dan tertuduh memberitahu, perbuatan itu dilakukan kerana bapa tiri mangsa mahu menguatkan ilmu ghaib yang sedang dituntut ketika itu.

Selepas mendengar hujahan dan rayuan tertuduh, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta mengarahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling sepanjang menjalani hukuman itu mengikut Seksyen 26 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mahkamah juga menggunapakai Seksyen 27 akta sama untuk mengarahkan tertuduh menjalani pengawasan polis sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

-Harian Metro

Previous Post

Orang ramai boleh sertai lambaian kasih Agong

Next Post

Berkualiti: Siri Animasi Sains Fiksyen Islamik Pertama Durioo+ Menarik Perhatian

Next Post
Berkualiti: Siri Animasi Sains Fiksyen Islamik Pertama  Durioo+ Menarik Perhatian

Berkualiti: Siri Animasi Sains Fiksyen Islamik Pertama Durioo+ Menarik Perhatian

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal
  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker