Kepochi
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi
Tuesday, March 21, 2023
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Hidup Dalam Kegelapan, Kelaparan dan Kesejukan. Peperangan Di Yaman Adalah Krisis Kemanusiaan Terburuk Di Dunia

by mykepochi.com
December 10, 2020
4 min read
15 0
0

Beginilah keadaan anak-anak di kem pelarian di Aleppo, Syria menghangatkan diri ketika musim sejuk melanda.

Share on FacebookShare on Twitter
Hampir 2 juta kanak-kanak Yaman di bawah umur lima tahun sedang mengalami masalah kekurangan zat makanan. Mereka perlu bantuan segera untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Kami harap masyarakat seluruh dunia sedar akan realiti keperitan hidup kami di sini. Hidup kami dibelenggu kegelapan, kelaparan dan kesejukan yang mencengkam.” – Manee, Penduduk Yaman

“Kami kekurangan bekalan makanan, air dan juga petrol. Harga air sangat mahal untuk dibeli. Sesetengah penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat konflik yang melanda dan ramai penduduk Yaman sebenarnya tiada tempat tinggal. Mereka terpaksa menjadi gelandangan, tidur di jalanan atau lorong-lorong yang kotor dan sempit.

“Di dalam keluarga ini, hanya saya seorang sahaja yang bekerja. Gaji yang ada pastinya tidak cukup untuk menampung keperluan isi rumah seramai 20 orang termasuk isteri, anak-anak saya, ibu, adik beradik saya yang lain bersama anak-anak mereka.

RELATED STORIES

DATUK JAMAL DAN SYAMEL SAMBUT ANAK 22022022

DATUK JAMAL DAN SYAMEL SAMBUT ANAK 22022022

February 23, 2022
Bersalahkah Iqbal?

Bersalahkah Iqbal?

December 14, 2022

“Bayangkan betapa sesaknya rumah kecil yang ada empat bilik ini untuk menampung bilangan keluarga kami yang ramai.

“Juadah untuk dimakan setiap hari selalu tidak mencukupi, apatah lagi hendak menyimpan bekalan makanan untuk hari mendatang. Pasti sahaja tiada. Bekalan elektrik juga sering terputus. Tinggallah kami dalam gelap dan kelaparan,” luah Manee penuh sayu.

Yaman sudah lama dikenali sebagai negara termiskin di Timur Tengah. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan peperangan di Yaman adalah krisis kemanusiaan terburuk di dunia.

Jutaan penduduk Yaman sedang diancam kebuluran dan mereka tidak mempunyai sebarang keperluan asas untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Anak-anak penerima manfaat di Yaman tersenyum menerima bantuan pek makanan daripada Islamic Relief.

Kementerian Kesihatan Yaman baru-baru ini menyatakan konflik yang menghantui negara itu telah meragut ratusan ribu nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa malahan jutaan kanak-kanak yang masih hidup tika ini juga bakal berdepan nasib yang sama.

Tambahnya, hampir 2 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun sedang mengalami masalah kekurangan zat makanan, 400 ribu daripadanya dalam keadaan kritikal manakala 12 ribu lagi dilaporkan telah meninggal dunia.

Kini, dengan ancaman pandemik Covid-19 dan cabaran musim sejuk menambahkan lagi tekanan juga kesengsaraan mereka.

Dengan harga barangan dan petrol yang mahal, bagaimana mereka mampu untuk menghangatkan diri dan keluarga dalam kesejukan yang mencengkam. Ditambah pula gelandangan yang tidur beralaskan lantai simen dan berbantalkan lengan, pasti sahaja maut bisa datang meragut nyawa mereka bila-bila sahaja.

Um Mohamed bersama anaknya menerima bantuan kelengkapan musim sejuk.

Cabaran hidup ibu tunggal bersama dua anak OKU di Yaman

Um Mohammed, seorang ibu tunggal di Yaman turut meluahkan rasa sedih dan pilu atas nasib yang menimpa mereka tiga beranak.

Kematian suami membuatkan hidupnya bertambah sukar. Dia terpaksa hidup berhimpit di sebuah bilik yang terletak di bandar Taiz, Yaman.

Disebabkan keadaan tempat tinggal mereka terlalu kecil, Um Mohammed sentiasa membiarkan tingkap bilik terbuka bagi membolehkan proses pengaliran udara berlaku meskipun ketika cuaca sejuk.

“Saya terpaksa membuka tingkap untuk mendapatkan udara yang segar namun anak saya yang lumpuh tangan dan kakinya tidak dapat menampung kesejukan yang mencengkam lebih-lebih lagi apabila musim sejuk tiba. Anak saya yang cacat penglihatan juga lemah imunisasi badannya.

“Wang yang ada banyak dihabiskan untuk membiayai kos rawatan kedua-dua anak saya yang OKU ini. Jadi, saya tidak mampu untuk membelikan mereka sellimut dan tilam.

“Anak-anak saya juga sering tidur dalam kelaparan. Sebagai ibu saya rasa sangat sedih dan kecewa dengan diri sendiri kerana gagal memberikan yang terbaik buat anak-anak, namun apa pilihan yang saya ada,” kata Um Mohammed.

Kakitangan Islamic Relief sedang mengagihkan bantuan keperluan musim sejuk kepada penduduk di Yaman.

Islamic Relief Malaysia menerusi kempen Rayuan Musim Sejuk sekali lagi tampil prihatin untuk membantu dengan menyalurkan barangan keperluan seperti arang sebanyak 50 kilogram setiap sebulan, jaket, kasut, stokin, selimut, tilam dan plastik penebat haba.

Beginilah keadaan anak-anak di kem pelarian di Aleppo, Syria menghangatkan diri ketika musim sejuk melanda.

Kempen ini menyasarkan dana sebanyak RM400,000 untuk maafaat penduduk Sana’a, Taiz, Amran, Dhamar dan Sa’ada, Yaman serta penduduk Aleppo dan Idlib di Syria. Layari laman web Islamic Relief Malaysia di www.islamic-relief.org.my untuk menyumbang dan ikuti perkembangan serta perkongsian pelbagai lagi kisah penderitaan penduduk di negara-negara konflik menerusi media sosial Islamic Relief Malaysia.

Sumber : Islamic Relief Malaysia

Previous Post

Membantu Jana Pendapatan Berbekalkan Resepi Perapan Yang Mendapat Pujian

Next Post

Desaru Destinasi Percutian Terbaik

Next Post
Desaru Destinasi Percutian Terbaik

Desaru Destinasi Percutian Terbaik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • 5 Sebab Anda Kena Rai CNY 2023 di Restoran Cina Tung Yuen!
  • Kekangan Kewangan Beri Impak Besar Pendidikan Anak-Anak
  • Pulangnya si Mati & Perang Anak Raja
  • SEMANGAT HEBAT RALPH LAUREN 

Categories

  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Resepi
  • Uncategorized

© 2023 MYKEPOCHI - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Home
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker