Hari Pneumonia Sedunia merupakan hari peringatan tahunan pada setiap 12 November untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang penyakit pneumonia.
Satu daripada 10 kematian dalam kalangan lelaki dan wanita di Malaysia dilaporkan pada 2021 adalah disebabkan oleh penyakit radang paru-paru.
Oleh itu, pada tahun ini, enam badan profesional perubatan melancarkan Inisiatif ‘Prevent Pneumococcal Pneumonia’ (PPP) bertujuan menekankan kepentingan melindungi warga emas dan orang dewasa yang berisiko tinggi daripada jangkitan pneumokokus melalui vaksinasi.
Pneumonia adalah jangkitan kuman pada organ paru-paru. Ia boleh berpunca daripada mikroorganisma seperti virus, bakteria atau kulat.
Pun begitu, masalah kesihatan ini lazim berlaku disebabkan oleh jangkitan virus dan bakteria.
Kesan pneumonia bergantung kepada tahap keterukan dan mikroorganisma yang menyebabkannya berlaku.
Oleh sebab pneumonia berlaku pada sistem pernafasan manusia, jadi kebanyakan individu mengalami simptom seakan-akan selesema.
Walau bagaimanapun, dalam kes yang teruk, ia boleh menyebabkan masalah pernafasan, kerosakan paru-paru dan jika tidak dirawat, kematian.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pneumonia adalah punca kematian terbesar bagi masalah jangkitan dalam kanak-kanak.
Malah, pada tahun 2017 sahaja, 808,694 kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah mati akibat pneumonia.
Pneumonia berbahaya bagi bayi, kanak-kanak dan mereka yang berusia 65 tahun ke atas berikutan sistem imun lemah.
Ini bermakna, jangkitan tersebut boleh menyebabkan komplikasi yang teruk sekiranya dihidapi oleh golongan yang tersenarai.
Antara gejala dan simptom yang boleh dialami oleh penghidap:
Oleh itu, sekiranya anda mengalami mana-mana simptom, lebih baik jika mendapatkan pemeriksaan doktor.
Lazimnya, pneumonia yang disebabkan oleh jangkitan kuman boleh dirawat menggunakan antibiotik berikutan pada kebanyakan kes, ia berpunca daripada jangkitan bakteria.
Berikut merupakan antara maklumat penting yang perlu anda tahu untuk menghindarkan masalah pneumonia: