Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, July 4, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Hari Pneumonia Sedunia, cakna dan cegah sebelum terlambat

by Myra Hamdi
November 13, 2023
3 min read
7 0
0
Hari Pneumonia Sedunia, cakna dan cegah sebelum terlambat
Share on FacebookShare on Twitter

Hari Pneumonia Sedunia merupakan hari peringatan tahunan pada setiap 12 November untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang penyakit pneumonia.

Satu daripada 10 kematian dalam kalangan lelaki dan wanita di Malaysia dilaporkan pada 2021 adalah disebabkan oleh penyakit radang paru-paru.

Oleh itu, pada tahun ini, enam badan profesional perubatan melancarkan Inisiatif ‘Prevent Pneumococcal Pneumonia’ (PPP) bertujuan menekankan kepentingan melindungi warga emas dan orang dewasa yang berisiko tinggi daripada jangkitan pneumokokus melalui vaksinasi.

RELATED STORIES

“Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

“Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

June 7, 2025
Kesihatan Tak Mahal, Kalau Tahu Caranya

Kesihatan Tak Mahal, Kalau Tahu Caranya

April 26, 2025

Pneumonia adalah jangkitan kuman pada organ paru-paru. Ia boleh berpunca daripada mikroorganisma seperti virus, bakteria atau kulat.

Pun begitu, masalah kesihatan ini lazim berlaku disebabkan oleh jangkitan virus dan bakteria.

Kesan pneumonia bergantung kepada tahap keterukan dan mikroorganisma yang menyebabkannya berlaku.

Oleh sebab pneumonia berlaku pada sistem pernafasan manusia, jadi kebanyakan individu mengalami simptom seakan-akan selesema.

 Walau bagaimanapun, dalam kes yang teruk, ia boleh menyebabkan masalah pernafasan, kerosakan paru-paru dan jika tidak dirawat, kematian.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pneumonia adalah punca kematian terbesar bagi masalah jangkitan dalam kanak-kanak.

 Malah, pada tahun 2017 sahaja, 808,694 kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah mati akibat pneumonia.

Pneumonia berbahaya bagi bayi, kanak-kanak dan mereka yang berusia 65 tahun ke atas berikutan sistem imun lemah.

 Ini bermakna, jangkitan tersebut boleh menyebabkan komplikasi yang teruk sekiranya dihidapi oleh golongan yang tersenarai.

Antara gejala dan simptom yang boleh dialami oleh penghidap:

  • Sakit dada semasa batuk atau bernafas
  • Kelesuan
  • Demam
  • Sukar untuk bernafas
  • Bagi jangkitan bakteria, batuk kebiasaannya disertakan dengan kahak.
  • Bagi jangkitan virus pula, batuk kebiasaannya kering
  • Kekeliruan
  • Sejuk menggigil

Oleh itu, sekiranya anda mengalami mana-mana simptom, lebih baik jika mendapatkan pemeriksaan doktor.

Lazimnya, pneumonia yang disebabkan oleh jangkitan kuman boleh dirawat menggunakan antibiotik berikutan pada kebanyakan kes, ia berpunca daripada jangkitan bakteria.

Berikut merupakan antara maklumat penting yang perlu anda tahu untuk menghindarkan masalah pneumonia:

  • Pastikan anda mengambil makanan seimbang untuk menguatkan sistem imun.
  • Jika anda seorang perokok, anda dinasihatkan untuk berhenti bagi menurunkan risiko pneumonia dan masalah berkaitan dengan sistem pernafasan yang lain.
  • Elak terdedah kepada pencemaran udara, asap dan asbab lain yang boleh menyebabkan iritasi pada paru-paru anda.
  • Golongan berisiko seperti kanak-kanak dan orang tua boleh mendapatkan vaksin bagi melindungi mereka daripada masalah pneumonia.
  • Cuci tangan anda secara kerap memandangkan virus dan bakteria pada tangan anda boleh dipindahkan ke mulut melalui sentuhan muka dan menyebabkan jangkitan.
Previous Post

Deepavali Hanya Setahun Sekali

Next Post

Pelajar tingkatan 5 maut, motosikal rempuh treler

Next Post
Pelajar tingkatan 5 maut, motosikal rempuh treler

Pelajar tingkatan 5 maut, motosikal rempuh treler

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?
  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker