Seramai 180,680 atau 48.74 peratus pelajar lepasan SPM sesi persekolahan 2021 memilih untuk tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Manakala pada tahun 2020 pula, sejumlah 115,939 orang pelajar lepasan SPM atau 35.16 peratus tidak berminat menyambung pelajaran.
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, jumlah itu diperolehi daripada data sistem eProfil Kerjaya Murid (ePKM).
“Kementerian sedang melaksanakan rancangan pembangunan peribadi dan pendidikan kerjaya di sekolah untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan pendidikan di samping melengkapkan mereka dengan pengetahuan, kemahiran dan minat untuk kerjaya masa depan,”Tambahnya.
Oleh itu, guru kaunseling telah diberi taklimat mengenai trend kerjaya terkini memandangkan peranan mereka dalam menasihati pelajar sekolah menengah tentang laluan kerjaya masa depan.
Mengapakah nisbahnya semakin meningkat? Adakah disebabkan oleh faktor kewangan keluarga? Atau lambakan graduan Universiti yang tidak bekerja menjadikan mereka kurang berminat untuk sambung belajar ke peringkat selanjutnya?
Sumber : World of BUZZ
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official