Terletak di Klebang dengan pemandangan memukau Selat Melaka, Birkin International Hotel (BIH) merupakan ‘bintang baru’ dalam dunia hospitaliti mewah. Dengan gabungan kemewahan bertaraf antarabangsa dan komitmen terhadap kelestarian, hotel ini menawarkan pengalaman unik yang sukar ditandingi. Dari suite elegan hingga ke fasiliti mesra keluarga, setiap aspek di sini direka untuk memberikan keselesaan dan pasti memberi kenangan manis kepada setiap tetamu. Jom kita teroka 10 perkara paling menarik yang menjadikan Birkin International Hotel destinasi wajib dikunjungi di Melaka!
1. Lokasi Berprestij di UNESCO World Heritage Site
Terletak di Klebang, Melaka, hotel ini menawarkan akses mudah ke lokasi-lokasi ikonik seperti A Famosa, Jonker Street, dan The Stadthuys, sambil menikmati keindahan pantai Klebang yang mempesona.
2. Pemandangan Memukau Selat Melaka
Nikmati panorama menakjubkan Selat Melaka dari bilik anda atau sambil bersantai di kolam renang tingkat tujuh yang memberikan pengalaman unik.
3. Pilihan Bilik yang Mewah dan Selesa
Dari Deluxe Suite hingga Presidential Suite, setiap bilik direka dengan katil premium, kemasan mewah, dan suasana yang mengutamakan keselesaan serta ketenangan.
4. Pengalaman Gastronomi Bertaraf Dunia
Cuba pelbagai hidangan antarabangsa di Birkin Kitchen, nikmati makan malam eksklusif di Nalu Fine Dining, atau berehat dengan koktel khas di Blu Bar. Setiap restoran direka untuk memukau deria rasa anda.
5. Fasiliti Untuk Semua Keperluan
Hotel ini dilengkapi dengan Tranquility Spa, gimnasium 24 jam, dan Birkin Kids Club untuk keluarga. Golongan korporat juga boleh menggunakan Grand Ballroom dan ruang mesyuarat moden untuk pelbagai acara mengikut kesesuaian.
6. Destinasi Majlis Perkahwinan Idaman
Julia Wedding menyediakan pakej perkahwinan mewah yang diperibadikan, menjadikan hari bahagia anda lebih istimewa dengan layanan bertaraf lima bintang.
7. Komitmen Lestari untuk Masa Depan
Dengan sistem penuaian air hujan, pengecas EV, dan usaha mengurangkan plastik sekali guna, Birkin International Hotel menonjol sebagai peneraju dalam hospitaliti mesra alam.
8. Aktiviti dan Hiburan untuk Semua Umur
Kanak-kanak boleh berseronok di Birkin Kids Club taman permainan yang selamat atau kelab kanak-kanak, manakala dewasa boleh menikmati masa santai di spa, bar taman Mirage Garden, atau Sunset Grill.
9. Tawaran Eksklusif Sempena Soft Launch
Rebut peluang menikmati harga promosi serendah RM480, dengan pakej istimewa yang merangkumi pengalaman makan eksklusif dan kejutan menarik. *Terhad, Sementara masih ada*
10. Direka oleh Pakar Antarabangsa
Dibangunkan oleh pasukan arkitek, pereka dalaman, dan perancang landskap pemenang anugerah dari Taiwan, hotel ini menawarkan seni bina unik dengan elemen moden estetika tempatan.







Birkin International Hotel (BIH) bukan sahaja menawarkan penginapan mewah bertaraf dunia, tetapi juga komited dalam memelihara alam sekitar melalui pelbagai inisiatif lestari. Berikut adalah 10 langkah terbaik BIH dalam menjadikan hospitaliti lebih mesra alam:
Ini 10 Inisiatif Hijau Birkin International Hotel untuk Kelestarian Alam:
1. Sistem Pengurusan Air dan Bau (AOM)
Hotel pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi ini, sistem ini menapis asap, minyak, dan bau dari dapur sebelum dilepaskan kembali ke alam sekitar, menjimatkan tenaga dan memelihara kualiti udara.
2. Penghasilan Air RO (Reverse Osmosis)
BIH memperkenalkan sistem RO dalaman yang canggih untuk menyediakan air tulen, selamat, dan mesra alam kepada tetamu, menjadikannya hotel pertama di Malaysia yang menerapkan teknologi ini.
3. Pakaian Seragam Dapur (Uniform) Lestari
Pakaian Seragam dapur (uniform) dihasilkan daripada plastik laut terbuang, dengan program kitar semula 360 darjah untuk mengitar semula lebihan fabrik. BIH merupakan perintis dalam langkah ini di Malaysia.
4. Program Bank Makanan (Food Bank)
Sebagai hotel pertama di Melaka yang menjalankan program ini, makanan lebihan akan disumbangkan kepada bank makanan (food bank) tempatan dan kebangsaan untuk membantu komuniti yang memerlukan.
5. Kiosk Layan Diri (Check In)
Hotel lima bintang pertama di Melaka yang memperkenalkan kiosk layan diri (Check In) untuk mempercepatkan proses daftar masuk, menjimatkan masa tetamu dan mengurangkan penggunaan kertas.
6. Tong Kompos
BIH memanfaatkan sisa makanan dengan mengubahnya menjadi baja kompos.
7. Sistem Pengumpulan Air Hujan
Air hujan dikitar semula untuk kegunaan seperti penyiraman landskap, menjimatkan sumber air semula jadi.
8. Sistem HVAC Pintar
Sistem pemanasan, pengudaraan, dan penyaman udara yang bijak diselaraskan berdasarkan cuaca dan jumpah penghuni untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga.
9. Loji Rawatan Kumbahan (STP)
Air kumbahan dirawat sebelum dilepaskan kembali ke alam sekitar, memastikan ia tidak mencemarkan alam semula jadi.
10. Program Penggunaan EV (Kenderaan Elektrik)
BIH menggalakkan pengangkutan hijau dengan menyediakan stesen pengecas EV, van shuttle elektrik, dan motosikal elektrik untuk kegunaan keselamatan.
Inilah Komitmen BIH untuk kelestarian alam. Selain itu, BIH juga melaksanakan langkah-langkah lain seperti polisi kitar semula, penggunaan plastik minimum, sumber makanan lestari, derma pakaian lama, dan sistem pengairan pintar. Semua ini menjadikan BIH pelopor dalam hospitaliti yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Untuk tempahan, layari www.birkinhotels.com atau hubungi +606 228 8858 sekarang!