Kepochi
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi
Monday, December 4, 2023
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Info

9 Salah Faham Tentang OPR

by Myra Hamdi
May 25, 2023
4 min read
4 0
0
9 Salah Faham Tentang OPR
Share on FacebookShare on Twitter

Bank Negara menerusi akaun rasmi instagramnya telah menjelaskan beberapa salah faham rakyat mengenai Kadar Dasar Semalam (OPR).

1) Kos sara hidup akan naik sekiranya OPR naik.

Sebenarnya,

RELATED STORIES

Pembayaran akhir STR fasa 4 bermula 7 November sebelum Deepavali

PERUNTUKAN RM1 BILION BAGI eMADANI DIJANGKA MEMANFAATKAN SEHINGGA 10 JUTA RAKYAT MALAYSIA

November 29, 2023
Karnival Usahawan Desa @ Putrajaya 2023, tarik ramai pengunjung dengan pelbagai aktiviti

Karnival Usahawan Desa @ Putrajaya 2023, tarik ramai pengunjung dengan pelbagai aktiviti

November 24, 2023
  • Kadar faedah yang lebih tinggi untuk simpanan dan pinjaman menggalakkan orang ramai untuk menyimpan dan kurang berbelanja.
  • Apabila orang kurang berbelanja, perniagaan akan menaikkan harga secara lebih perlahan kerana permintaan rendah.
  • Beginilah cara OPR kurangkan inflasi.

2) OPR tak patut naik sebab inflasi dah turun.

Sebenarnya,

  • Walaupun inflasi keseluruhan menurun, tekanan harga yang disebabkan ole faktor permintaan (“inflasi teras”) mash tinggi (SI 2023: 3.9%, purata jangka panjang: 2.1%)
  • Permintaan yang kukuh menyebabkan harga tetap tinggi walaupun kos pengeluaran berkurang

3) Kenaikan OPR terlalu agresif.

Sebenarnya,

  • OPR diselaraskan secara beransur-ansur dan terkawal
  • Sejak tahun 2022, OP dinaikkan sebanyak +125 mata asas, kembali kepada kadar sebelum
    COVID- 19. Ekonomi Malaysia juga telah mengatasi tahap sebelum krisis
  • Bandingkan dengan:
  • AS: +500 mata asas
  • Filipina: +425 mata asas
  • Indonesia: +225 mata asas

4) BNM naikkan OPR untuk ikut Amerika Syarikat.

Sebenarnya,

  • Keputusan OPR dibuat berdasarkan prospek pertumbuhan dan inflasi di Malaysia
  • Masa dan magnitud kenaikan OPR Malaysia tidak mengikut negara lain
  • Malaysia: +125 mata asas
    (25 mata asas setiap kali dengan kadar OPR tidak berubah sebanyak 2 kali)
  • AS: +500 mata asas
    (75 mata asas dan 25 mata asas setiap satunya sebanyak 4 kali, 50 mata asas sebanyak 2 kali dan tiada kadar yang dikekalkan)

5) Kenaikan OPR akan menyebabkan kemelesetan ekonomi.

Sebenarnya,

  • Kenaikan OP bertujuan untuk mengawal inflasi pada masa ekonomi berkembang
  • Inflasi yang tinggi menjejaskan semua orang, tetapi rakyat berpendapatan rendah akan paling terkesan
  • Jika kita tidak berhati-hati, inflasi boleh menjadi tidak terkawal seperti di beberapa negara lain
  • Kelak, OPR perlu dinaikkan lebih tinggi untuk menurunkan tekanan harga. Keadaan ini akan lebih menyukarkan semua orang

6) OPR yang lebih tinggi tak beri manfaat pada sesiapa.

Sebenarnya,

  • Apabila OPR naik, kadar faedah untuk simpanan anda juga akan naik
  • Banyak pihak yang bergantung pada kenaikan kadar faedah simpanan untuk melindungi simpanan dan membiayai perbelanjaan, terutamanya pesara
  • Paling penting, inflasi yang rendah dan stabil memberikan manfaat kepada semua, melindungi kuasa beli, dan perniagaan juga bole merancang dengan lebih baik.

7) Lagi rendah OPR, lagi bagus.

Sebenarnya,

  • OPR yang dikekalkan terlalu rendah untuk terlalu lama boleh memudaratkan ekonomi
  • Hal ini boleh menyebabkan perbelanjaan dan pinjaman yang tidak mampu berterusan, lantas menaikkan harga. Semua pihak akan terkesan
  • OPR yang terlalu rendah untuk terlalu lama juga menyebabkan pengambilan risiko berlebihan dan pelaburan spekulatif untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.
    Penipuan kewangan juga akan meningkat
  • Sejarah menunjukkan bahawa kadar faedah yang terlalu rendah untuk terlalu lama boleh menyebabkan krisis, seperti
    Krisis Kewangan Global 2008/09.

8) Kenaikan OPR menyebabkan lebih banyak kebankrapan.

Sebenarnya,

  • Kadar kes bankrap semakin berkurang
  • Kadar pinjaman mungkir kekal rendah
    (Pinjaman terjejas bersih pada bulan Mac 2023: 1.1%)
  • Kebankrapan lazimnya adalah pilian terakhir yang diambil oleh bank selepas semua cara lain telah diusahakan. Rancangan pembayaran alternatif dengan pelanggan merupakan keutamaan bank.

9) Saya tak boleh bayar balik ansuran bulanan saya yang baharu. Apa yang boleh saya buat?

Sebenarnya,

  • Bantuan sentiasa tersedia
  • Hubungi bank anda atau AKPK untuk membuat pengaturan pembayaran balik baharu yang paling sesuai dengan keadaan kewangan anda pada masa ini.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Previous Post

JDT Lebur Rekod Pahang

Next Post

Hampir 50% Lepasan SPM Kurang Berminat Untuk Sambung Belajar -Fadhlina Sidek

Next Post
Hampir 50% Lepasan SPM Kurang Berminat Untuk Sambung Belajar -Fadhlina Sidek

Hampir 50% Lepasan SPM Kurang Berminat Untuk Sambung Belajar -Fadhlina Sidek

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Mayat bayi ditemui terdampar di tepi pantai
  • Seorang Lelaki Maut Terjatuh Di Landasan LRT
  • Lima Kes Baharu Positif Cacar Monyet Dikesan-KKM
  • RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • Resepi
  • Sukan
  • Uncategorized

© 2023 MYKEPOCHI - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Home
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker