Pada 11:56 pagi semalam menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian bumbung Dewan Besar IKIM di Blok B, premis IKIM di Langgak Tunku, Jalan Tuanku Abdul Halim. Kuala Lumpur.
Kejadian yang berlaku pada 11:55 pagi semalam mengakibatkan enam petugas Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengalami cedera ringan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur memaklumkan seramai 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas dan BBP Hang Tuah dikerah ke lokasi.
Tambahnya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Operasi ditamatkan pada 12.51 tengah hari dan punca runtuhan masih dalam siasatan.
Sumber : Awani
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official