Kepochi
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi
Friday, March 24, 2023
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Info

Elfaeza Ul Haq Prihatin Dengan Isu Kemanusiaan

by mykepochi.com
October 21, 2020
4 min read
15 0
0
Elfaeza Ul Haq Prihatin Dengan Isu Kemanusiaan
Share on FacebookShare on Twitter

Elfaeza dulunya popular dengan lakonan bersahaja dalam Adam dan Hawa kini aktif dalam aktiviti kemanusiaan.

Elfaeza menjelaskan bahawa dia terdorong untuk turut melakukan kerja-kerja amal apabila dia melihat pelopor dari negara Barat melakukan hal yang sama pada skala yang lebih besar. Dia yakin bahawa sebagai umat Islam, dia perlu memberikan contoh tauladan yang lebih baik kepada orang ramai. Tambahnya lagi, penglibatannya dalam dunia kemanusiaan ini bukan sahaja untuk membantu golongan rentan, namun ia juga untuk membantu dirinya menjadi lebih tenang dengan memperbanyakkan rasa syukur di atas kurniaan Allah SWT di samping mengharapkan keredhaan-Nya.

 

Elfaeza suburkan nilai kemanusiaan di peringkat global

RELATED STORIES

5 Sebab Anda Kena Rai CNY 2023 di Restoran Cina Tung Yuen!

5 Sebab Anda Kena Rai CNY 2023 di Restoran Cina Tung Yuen!

December 27, 2022
Kekangan Kewangan Beri Impak Besar Pendidikan Anak-Anak

Kekangan Kewangan Beri Impak Besar Pendidikan Anak-Anak

December 21, 2022

Namun, ini bukanlah kali pertama Elfaeza bergiat aktif dalam aktiviti kemanusiaan di peringkat global. Terdahulu, dia bersama rakan-rakan ikon kemanusiaan yang lain telah melancarkan kempen Feed the Hungry in Somalia With Elfaeza & Islamic Relief Malaysia untuk memberikan bantuan berupa pek makanan Ramadan kepada penduduk di Somalia melalui platform yang sama iaitu LaunchGood. Kempen ini telah berjaya mengumpulkan dana melebihi sasaran awal sebanyak RM130,495 dengan sumbangan dan sokongan para penderma dari dalam mahupun luar negara.

Realiti di Yaman
Yaman telah dilanda konflik bersenjata sejak Mac 2015 dan merupakan salah satu negara paling miskin di Timur Tengah. Seramai 24.3 juta orang iaitu bersamaan 80 peratus daripada jumlah keseluruhan 30.5 juta populasi penduduk Yaman dijangka akan terus memerlukan bantuan kemanusiaan sekiranya konflik peperangan di negara tersebut kekal berlarutan. Krisis selama 5 tahun itu telah memberikan kesan buruk kepada kehidupan orang awam terutamanya kanak-kanak sehingga mengakibatkan ribuan nyawa terkorban dan menyebabkan 3.65 juta penduduk Yaman kehilangan tempat tinggal. Krisis kemanusiaan terburuk dunia menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu juga telah melumpuhkan akses keperluan asas seperti makanan, kesihatan, nutrisi, penempatan, pendidikan, air dan sanitasi, jaringan keselamatan sosial, serta memusnahkan kebanyakan infrastruktur termasuk pusat-pusat kesihatan.

 

Zahirkan keprihatinan membantu penduduk di Yaman

Menyedari akan kepentingan perpaduan global bagi kelangsungan hidup, Elfaeza Ul Haq yang juga ikon kemanusiaan Islamic Relief Malaysia, telah mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen Yemen: Save a Life Today With Elfaeza Ul Haq secara atas talian untuk membantu mereka yang terjejas di Yaman pada 23 Jun lalu. Kempen ini dijalankan secara berperingkat sehingga penghujung Ogos 2020. Objektif usaha ini dijalankan adalah bagi mengumpul dana sebanyak RM300,000 untuk membantu penduduk Yaman dengan menyalurkan bantuan merangkumi tiga sektor utama iaitu makanan, air, sanitasi dan kebersihan, kelengkapan perubatan, serta barangan bukan makanan (NFIs). Ketika ini, seluruh pejabat pengumpulan dana Islamic Relief juga sedang giat menjalankan hebahan serta menyebarluas maklumat tentang penderitaan yang dilalui penduduk Yaman bagi meningkatkan kesedaran orang ramai sekaligus mengumpulkan dana bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

2 juta kanak-kanak bawah umur 5 tahun mengalami masalah kekurangan zat makanan yang serius.

Krisis kebuluran dan kekurangan nutrisi

Berdasarkan laporan daripada World Food Programme (WFP), 15.9 juta penduduk Yaman bangun tidur dalam keadaan lapar setiap hari dan jumlahnya dijangka bakal meningkat kepada 20 juta. Kira-kira separuh daripada kanak-kanak Yaman berumur bawah 5 tahun mengalami masalah tumbesaran yang tidak normal atau terbantut. Situasi ini mengakibatkan kadar kekurangan nutrisi makanan dalam kalangan wanita dan kanak-kanak di Yaman kekal antara yang tertinggi di dunia.

 

Zahirkan keprihatinan membantu penduduk di Yaman

Elfaeza yang sering aktif menjalankan perkongsian menerusi Instagram live bersama rakan selebriti dari Malaysia dan Singapura sering mengingatkan orang ramai juga para pengikut media sosialnya bahawa sumbangan tidak hanya dinilai dalam bentuk wang ringgit. Malahan, besar atau kecil nilai yang disumbangkan bukan kayu ukur keikhlasan kita untuk membantu. Baginya, apa yang penting adalah kesedaran untuk melakukan kebaikan dan berkongsi rezeki bersama insan yang memerlukan meskipun kita tidak pernah mengenali mereka sama sekali. Dia percaya bahawa peluang yang dikurniakan Allah SWT ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu digalas dengan sebaiknya. Semoga ianya bakal menjadi bekalan menghadap Illahi dan asbab untuk ke syurga abadi.

E-card kempen ‘Yemen: Save a Life Today with Elfaeza Ul Haq’ di platform LaunchGood.

Kaedah sumbangan

Orang ramai yang berminat untuk turut serta menyokong usaha murni Elfaeza boleh melakukan sumbangan menerusi platform berikut:

1) Kad kredit/debit (jika anda mengalami kesukaran untuk meneruskan langkah seterusnya, sila hubungi pusat khidmat pelanggan bank anda untuk pertanyaan lanjut).

2) Nombor akaun CIMB Islamic Relief Malaysia: 8602073818. Sila isikan bahagian butiran pembayaran dengan ‘LG Elfaeza’ untuk rujukan dan rekod pihak Islamic Relief Malaysia.

3) Bagi akaun bank yang tidak mempunyai bahagian butiran pembayaran, anda boleh hantarkan bukti pembayaran (resit/slip bank) ke aplikasi WhatsApp Islamic Relief Malaysia di +60196379788.

4) Bagi rakyat Singapura yang ingin memberikan sumbangan, anda boleh melakukan pemindahan wang secara atas talian menggunakan akaun PayNow kepada Elfaeza Ul Haq dengan ‘LG Elfaeza’ dan Elfaeza akan melakukan pembayaran tersebut bagi pihak anda. Kod PayNow: 97271089.

Semoga dengan keprihatinan rakyat Malaysia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban penduduk Yaman untuk meneruskan kelangsungan hidup. Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai kempen ini dan proses gerak kerja bantuan yang telah disalurkan, anda boleh mengunjungi laman sosial Elfaeza Ul Haq dan Islamic Relief Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

Sumber : Islamic Relief Malaysia (IRM) & IG Elfaeza Ul Haq
– Elfaeza Ul Haq Prihatin Dengan Isu Kemanusiaan
Previous Post

Tak Sabar Menanti Sinar NURFLIX.TV

Next Post

ROH memanggil-manggil, membisik-bisik, buat tak senang duduk.

Next Post
ROH memanggil-manggil, membisik-bisik, buat tak senang duduk.

ROH memanggil-manggil, membisik-bisik, buat tak senang duduk.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • 5 Sebab Anda Kena Rai CNY 2023 di Restoran Cina Tung Yuen!
  • Kekangan Kewangan Beri Impak Besar Pendidikan Anak-Anak
  • Pulangnya si Mati & Perang Anak Raja
  • SEMANGAT HEBAT RALPH LAUREN 

Categories

  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Resepi
  • Uncategorized

© 2023 MYKEPOCHI - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Home
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker