Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Sunday, June 15, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Dewan Negara luluskan RUU LHDN (Pindaan) 2023

by Team Kepochi
November 28, 2023
2 min read
6 0
0
Dewan Negara luluskan RUU LHDN (Pindaan) 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Dewan Negara semalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 (dengan pindaan pada peringkat Jawatankuasa Majlis), dengan lebih suara bersetuju.

RUU itu yang bertujuan meminda Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 meliputi Fasal Satu hingga Lima, sebelum ini dibentangkan untuk bacaan kali kedua tetapi ditangguh bagi membolehkan Jawatankuasa Pilihan Khas meminda Fasal 2 Seksyen 6 Akta 533 dalam pelantikan serta pemberhentian wakil dari Sabah dan Sarawak yang perlu dirujuk kepada Ketua Menteri Sabah serta Premier Sarawak.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menggulung perbahasan RUU terbabit berkata, ketika beliau membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat sebelum ini, tiada perkataan berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak dalam perkara berkenaan.

RELATED STORIES

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

June 7, 2025
Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!

Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!

June 7, 2025

“Namun dalam pembentangan di Dewan Rakyat, pihak daripada Sabah serta Sarawak… Ahli Parlimen telah mengemukakan pandangan supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Kewangan dan Ekonomi yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Paya Besar.

“Saya telah membuat keputusan pada ketika itu supaya kita memberhentikan proses (menangguhkannya) supaya dapat dibentangkan semula selepas diperhalusi,” katanya pada sesi persidangan Dewan Negara.

Menjelaskan lanjut, Ahmad berkata, Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi, serta memanggil beberapa Ahli Parlimen lain untuk membuat pindaan terhadap RUU itu.

“Dokumen itu sudah dibawa semula ke Kabinet dan dibentangkan semula, baru-baru ini.

“Ia diterima baik oleh Ahli Parlimen kerana kita menerima usul mereka supaya memasukkan perkataan berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak,” katanya.

Persidangan Dewan Negara akan bersambung pada hari ini. – BERNAMA

Previous Post

KKD memberi jaminan pembangunan IDN tidak menjejaskan keselamatan data peribadi rakyat

Next Post

Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami hujan lebat berterusan

Next Post
Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami hujan lebat berterusan

Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami hujan lebat berterusan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal
  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker