Kepochi
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi
Friday, March 24, 2023
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Info

Buah Dari Syurga, Buah Apa Tu?

by Shasanuddin
October 21, 2020
2 min read
75 4
0
Buah Dari Syurga, Buah Apa Tu?
Share on FacebookShare on Twitter

 

Luarnya berduri, persis seperti durian. Namun ianya berwarna jingga dan isinya merah. Itulah Buah Gac atau nama saintifiknya Momordica cochinchinensis. Mungkin buah ini masih asing di buah mulut rakyat Malaysia, tetapi ia telah mendapat gelaran Fruit from Heaven dari seluruh dunia.

Buah unik ini boleh ditemui di negara-negara Asia Tenggara khususnya Vietnam, Thailand, Laos, Kemboja, dan Myanmar. Penduduk di Thailand menyebutnya sebagai Fahk Khao sementara penduduk Myanmar menggelarnya sebagai Taw Thabu. Orang barat pula memanggilnya sebagai Spiny Bitter Gourd, Sweet Gourd atau Cochinchin Gourd.

Apa yang hebatnya buah GAC ni sampai mendapat gelaran buah dari syurga?

RELATED STORIES

5 Sebab Anda Kena Rai CNY 2023 di Restoran Cina Tung Yuen!

5 Sebab Anda Kena Rai CNY 2023 di Restoran Cina Tung Yuen!

December 27, 2022
Kekangan Kewangan Beri Impak Besar Pendidikan Anak-Anak

Kekangan Kewangan Beri Impak Besar Pendidikan Anak-Anak

December 21, 2022

Haaa, Baru-baru ini, buah Gac telah muncul sebagaj sumber antioksidan tertinggi yang pernah diketahui ramai dimana buah tersebut mengandungi likopen, zzeaxanthin dan β-karoten. Karotenoid dan bioaktif lain yang dikenal pasti dari buah ini termasuklah phenolics, flavonoids dan inhibitor trypsin yang dikaitkan dengan pelbagai bioaktiviti yang bermanfaat seperti aktiviti antioksidan, antikanser dan juga provitamin A.

Kandungan β-karoten di dalam buah ini jauh lebih tinggi berbanding kandungan Β-karoten semua jenis buah dan sayuran apabila jumlah β-karoten di dalam buah Gac dikatakan 10 kali ganda lebih banyak dibandingkan dengan lobak merah. Keistimewaan β-karoten dapat dilihat melalui fungsinya yang akan berubah menjadi Vitamin A di dalam badan dan juga mampu melindungi badan daripada penyakit. Lebih menakjubkan, kandungan likopen di dalam Gac adalah 70 kali ganda lebih banyak berbanding buah tomato.

Kehebatan buah GAC dalam perubatan tradisional

  • Buah Gac telah digunakan untuk merawat mata, luka yang terbakar, masalah kulit dan juga luka biasa. Jusnya pula dijadikan sebagai minuman kesihatan yang bagus untuk mata, mencegah kuman, kesuburan, kulit, jantung dan prostat.

  • Zeaxanthin dalam buah Gac melindungi tisu mata daripada terdedah dengan sinar ultraviolet dan membantu mengurangkan pengoksidaan tisu mata. Selain itu, β-karoten dalam buah Gac dapat membantu mengekalkan penglihatan malam yang baik dan seterusnya mengurangkan risiko buta.

  • Tambahan lagi, kebaikan buah Gac ini terutamanya untuk kesihatan prostat dikaitkan dengan kandungan likopen yang tinggi. Likopen sangat berkesan dalam mencegah kanser prostat dan merupakan peranan yang penting dalam rawatan BPH (benign prostatic hyperplasia). Selain itu, buah Gac juga mempunyai ciri-ciri anti kanser yang khususnya untuk kanser serviks, buah pinggang dan paru-paru.

 

Wahhh, hebat betul buah GAC ni dan tak hairanlah ia mendapat gelaran Fruit from Heaven dari seluruh dunia. Tapi mana kita nak cari buah GAC ni dekat Malaysia? Hmmm

 

Jangan risau, walaupun dekat pasaran Malaysia masih belum meluas, tapi anda semua boleh mendapatkannya di Taman Anggur Perlis yang terletak di Sungai Batu Pahat, Perlis untuk merasai pengalaman melihat dan mencuba sendiri keenakan buah Gac ini. Selamat mencuba!

 

– Buah Dari Syurga, Buah Apa Tu?
Previous Post

Kalau Ada Kucing Kena Virus Parvo, Boleh Bagi Rumput Pendul!

Next Post

Stanby Tisu Tengok Pencipta Pegang Waktu!

Next Post
Stanby Tisu Tengok Pencipta Pegang Waktu!

Stanby Tisu Tengok Pencipta Pegang Waktu!

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • 5 Sebab Anda Kena Rai CNY 2023 di Restoran Cina Tung Yuen!
  • Kekangan Kewangan Beri Impak Besar Pendidikan Anak-Anak
  • Pulangnya si Mati & Perang Anak Raja
  • SEMANGAT HEBAT RALPH LAUREN 

Categories

  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Resepi
  • Uncategorized

© 2023 MYKEPOCHI - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Home
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker