Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Sunday, June 15, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Bacaan Deklarasi Kemerdekaan dan laungan ‘merdeka’ oleh PM di Melaka esok

by Myra Hamdi
February 19, 2024
2 min read
7 0
0
Bacaan Deklarasi Kemerdekaan dan laungan ‘merdeka’ oleh PM di Melaka esok
Share on FacebookShare on Twitter

Bacaan Deklarasi Kemerdekaan dan laungan ‘merdeka’ oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan memperingati Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, di Dataran Memorial Kemerdekaan, Banda Hilir di sini malam esok, adalah antara segmen paling istimewa dalam sambutan berkenaan.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata Perdana Menteri juga akan menaiki kereta antik Nash Rambler Custom jenis ‘convertible’ buatan 1951 yang turut dinaiki Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika rombongan merdeka pulang dari London ke Padang Bandar Hilir pada 20 Feb 1956.

Beliau berkata perarakan oleh kereta antik itu bersama rombongannya akan bergerak dari Kompleks Stadhuys ke Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, dengan rombongan itu melibat pelbagai kenderaan termasuk motosikal dan basikal. “Perdana Menteri dijangka melaungkan kalimat keramat ‘merdeka’ sejurus selepas beliau membacakan Deklarasi Kemerdekaan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka di sini hari ini.

RELATED STORIES

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

June 7, 2025
Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!

Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!

June 7, 2025

Beliau berkata penonton juga berpeluang untuk menikmati segmen Malam Aneka Warna bagi menghayati dan mendalami setiap kisah pengorbanan pemimpin terdahulu mencapai kemerdekaan.

Katanya Malam Aneka Warna berkonsepkan teater muzikal itu akan menampilkan beberapa babak-babak menarik dari bermulanya Jepun menjajah Tanah Melayu sehinggalah detik Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu di Padang Pahlawan.

Kira-kira 1,500 peserta terlibat dalam perarakan dan Malam Anek Warna itu membabitkan anggota pasukan badan beruniform, jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pelajar serta parti politik.

Melaka turut mengumumkan 20 Feb sebagai cuti umum negeri bermula pada tahun ini.

Pengisytiharan rasmi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957.

-BERNAMA

Previous Post

Baca label dan pilih produk makanan yang mempunyai logo Program Jaminan Keselamatan Makanan sebelum membeli

Next Post

RUU penubuhan Majlis Media Malaysia kini di peringkat akhir – Fahmi

Next Post
RUU penubuhan Majlis Media Malaysia kini di peringkat akhir – Fahmi

RUU penubuhan Majlis Media Malaysia kini di peringkat akhir - Fahmi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal
  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker