Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Saturday, May 31, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Baca label dan pilih produk makanan yang mempunyai logo Program Jaminan Keselamatan Makanan sebelum membeli

by Myra Hamdi
February 19, 2024
2 min read
7 0
0
Baca label dan pilih produk makanan yang mempunyai logo Program Jaminan Keselamatan Makanan sebelum membeli
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan lambakan 90 peratus madu tiruan yang berada dipasaran Malaysia, KKM mengambil langkah selamat buat pengguna dalam mengenalpasti madu yang asli di pasaran.

Secara umumnya, madu diklasifikasikan berdasarkan spesis lebah yang menghasilkannya iaitu “madu” yang dihasilkan oleh lebah madu apis dorsata atau “madu kelulut” yang dihasilkan dari stingless bee. 

Berdasarkan Peraturan 130, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, produk madu perlu mengikut standard yang telah ditetapkan iaitu di antaranya adalah mengandungi tidak kurang daripada 60 peratus gula penurunan, mempunyai kandungan sukrosa tidak lebih daripada 10 peratus dan tidak boleh mengandungi hydroxymethylfurfural (HMF) lebih daripada 80 mg/kg.

RELATED STORIES

“Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

“Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

May 26, 2025
Kesihatan Tak Mahal, Kalau Tahu Caranya

Kesihatan Tak Mahal, Kalau Tahu Caranya

April 26, 2025

KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) sentiasa menjalankan pemantauan produk madu di pasaran. Sebanyak 769 sampel produk madu dengan pelbagai jenama telah diambil dari tahun 2016 sehingga kini. Hasil pemantauan mendapati 45 sampel (5.85%) produk madu tidak mematuhi standard yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas syarikat dan produk terlibat.

Seksyen 13(2)(e) memperuntukkan tiada seorang pun boleh menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang diadukkan jika tidak mematuhi standard atau spesifikasi yang ditetapkan oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah akta ini. Seseorang yang didapati melanggar peruntukan ini dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

KKM turut menawarkan Skim Pensijilan Makanan Autentik yang bertujuan memberikan pengiktirafan ke atas produk makanan yang disahkan autentik / tulen dan memenuhi kriteria yang ditetapkan di dalam Skim Pensijilan ini. Ini termasuklah produk madu, daging, 

kopi dan sarang burung walit. Sehingga kini, tujuh (7) syarikat telah memperolehi Pensijilan Autentik untuk produk madu dari KKM.

Pada masa ini KKM sedang menjalankan kerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia serta Jabatan Pertanian bagi menentukan ketulenan madu menggunakan teknik terkini iaitu menggunakan teknik isotop sebagaimana disarankan oleh standard makanan antarabangsa Codex.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Pengguna adalah disaran membaca label dan memilih produk makanan yang mempunyai logo Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) seperti Autentik, MeSTI, GMP dan HACCP dari KKM.

Sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq

Previous Post

NVIDIA Perkenalkan Chat with RTX, Chatbot Terus Dari Peranti Tanpa Internet

Next Post

Bacaan Deklarasi Kemerdekaan dan laungan ‘merdeka’ oleh PM di Melaka esok

Next Post
Bacaan Deklarasi Kemerdekaan dan laungan ‘merdeka’ oleh PM di Melaka esok

Bacaan Deklarasi Kemerdekaan dan laungan 'merdeka' oleh PM di Melaka esok

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman
  • KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000
  • “Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka
  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker