Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Sunday, June 15, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Anggota RELA rebah, meninggal dunia ketika perbarisan

by Team Kepochi
August 31, 2023
2 min read
9 0
0
Anggota RELA rebah, meninggal dunia ketika perbarisan
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam kemeriahan menyambut hari kebangsaan di seluruh negeri, seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dilaporkan meninggal dunia selepas rebah pada perbarisan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan di Dataran Seremban, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Taware berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, lelaki yang berusia 53 tahun tersebut dikatakan mengalami serangan jantung ketika sedang melakukan lintas hormat.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan anggota RELA telah jatuh dan tidak sedarkan diri semasa perbarisan lintas hormat di Dataran Seremban, kira-kira jam 10 pagi tadi.

RELATED STORIES

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

June 7, 2025
Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!

Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!

June 7, 2025

“Pada pukul 12.25 tengah hari, pihak polis telah dimaklumkan oleh anggota bertugas kaunter aduan mengenai kematian mangsa di Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban,” tambahnya dalam kenyataan di sini.

Mengulas lanjut katanya, pemeriksaan terhadap tubuh mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah selain hasil bedah siasat juga mendapati punca kejadian adalah kerana masalah jantung.

“Bedah siasat telah dilakukan dan Bahagian Forensik HTJ telah mengesahkan punca kematian adalah kerana masalah jantung ‘coronary artery acclusion’.

“Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,”jelasnya.

Tular di media sosial video berdurasi yang menunjukkan seorang anggota RELA rebah semasa perbarisan lintas hormat sempena hari kebangsaan peringkat Negeri Sembilan.

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Previous Post

Lautan Manusia memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2023

Next Post

Polis mencari Muhammad Nuraffiq untuk bantu siasatan kes wanita diperkosa

Next Post
Polis mencari Muhammad Nuraffiq untuk bantu siasatan kes wanita diperkosa

Polis mencari Muhammad Nuraffiq untuk bantu siasatan kes wanita diperkosa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal
  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker