Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Wednesday, June 25, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Agama

Amanah; Benarkah sifat yang makin terhakis?

by Myra Hamdi
November 24, 2023
5 min read
7 0
0
Amanah; Benarkah sifat yang makin terhakis?
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam mengharungi kehidupan dunia yang semakin mencabar, prinsip dan tuntutan Islam hendaklah terus diamalkan dan dipertahankan.

Apa yang menyedihkan, maruah umat Islam hari ini semakin tercalar dan terhakis bila terdapat segelintir umat Islam yang diberi amanah tenggelam dalam gelombang kerakusan mengejar habuan dunia yang bersifat sementara ini.

Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar kes-kes yang melibatkan umat Islam terpalit dengan amalan rasuah, penyelewengan wang yang diamanahkan serta ketiadaan integriti.

RELATED STORIES

Perbaiki Diri Demi Redha Ilahi

Perbaiki Diri Demi Redha Ilahi

March 13, 2025
Antara Angan-Angan dan Ajal yang Pasti

Antara Angan-Angan dan Ajal yang Pasti

March 13, 2025

Sifat amanah merupakan satu daripada empat sifat yang wajib bagi para Nabi dan Rasul Alaihimussalam. Amanah ke atas setiap umat Islam yang mukallaf oleh Allah SWT adalah amanah yang sangat besar dan berat mencakupi semua aspek kehidupan umat di dunia ini. Maksud firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 72:

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”

Perbuatan pecah amanah telah menjangkau bukan sahaja sektor perkhidmatan awam dan swasta malah Institusi agama juga turut terpalit di dalam gejala ini. Jika ianya tidak ditangani dengan tegas dan segera nescaya akan terus menular dalam kalangan generasi yang akan datang.

Hal ini disebabkan ada segelintir manusia tidak berhati perut dan hanya mementingkan diri sendiri, telah menodai amanah dan kepercayaan yang diberi oleh organisasi atau majikannya. Perbuatan seumpama ini bukan sahaja memalukan umat Islam seluruhnya, bahkan perbuatan tercela ini turut melanggar tuntutan agama Islam.

Pegawai yang diamanahkan dengan pengurusan wang ringgit mestilah mempunyai sifat-sifat amanah dan jujur kerana tugas mereka berurusan dengan harta dan wang ringgit. Hilangnya sifat amanah dari kalangan pegawai, bererti terancamlah sumber kewangan Islam bagi memakmurkan kehidupan umat Islam. Takutilah azab dan hukuman Allah yang menanti di alam barzakh dan di akhirat nanti dengan tidak menyeleweng dan mengkhianati amanah yang dipikul.

Anas Bin Malik Radiallahuanhu memberitahu, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Apabila aku menyerahkan zakat kepada utusanmu, apakah aku bebas daripada tanggungan zakat itu kepada Allah dan Rasul-Nya?”.

Rasulullah SAW menjawab: “Benar, apabila engkau telah tunaikan zakat itu kepada utusanku maka engkau telah bebas daripada tanggungan zakat itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan engkau sudah mendapatkan pahalanya, sedang dosanya ditanggung orang yang menyelewengkannya.”(Riwayat Ahmad).

Allah SWT memerintahkan kita agar menunaikan amanah dan Allah memuji hamba-hamba-Nya yang teguh dalam menjaga amanah sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Mukminun ayat 8:

Maksudnya : “Dan mereka yang menjaga amanah dan janji mereka.”

Maka, marilah sama-sama kita hayati perintah Allah ini kerana melaksanakan amanah merupakan tanda kesempurnaan iman seseorang muslim. 

Kegagalan kita di dalam menjaga amanah dan tidak jujur dalam melaksanakan tanggungjawab akan menghakis keyakinan masyarakat terhadap Institusi agama Islam.

Jauhilah sikap yang menganggap kedudukan adalah suatu keistimewaan, menggunakan jawatan dan kuasa untuk mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Jangan biarkan hasutan syaitan dan kerakusan nafsu mengawal diri sehingga sanggup menggadai maruah diri bak kata peribahasa melayu “harapkan pegar, pegar makan padi”.

Jika umat Islam yang diamanahkan menjaga dan mengurus harta umat Islam sanggup melakukan pengkhianatan dan penipuan, maka pada siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menjaga kepentingan umat Islam ini.

Oleh itu, amanah merupakan suatu tanggungjawab yang wajib dititik beratkan untuk ditunai dan dijaga dengan baik, meskipun adakalanya ia tidak semudah sepertimana yang dituturkan. Apatah lagi apabila melihat peluang dan kesempatan yang terbentang luas di hadapan mata. Maka, beringatlah, jangan kita mempersia-siakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita. Walaupun nilai amanah itu mungkin kelihatan kecil di mata kita, namun ianya tetap dihitung dan dibalas oleh Allah SWT.

Umat Islam yang mengetahui mana-mana pihak yang mengkhianati amanah, maka laporkanlah segera kepada pihak berkuasa agar kita dapat sama-sama membendung gejala buruk ini dari terus merebak dalam masyarakat. Jadilah umat Islam yang sentiasa peka dan menzahirkan penentangan terhadap segala pengkhianatan di depan mata.

Pentingnya sifat amanah ini hinggakan Nabi SAW memerintahkan agar kita menunaikan amanah walaupun kepada orang yang mengkhianati kita.

Inilah sifat sebenar muslim yang sejati. Ini kerana Baginda SAW tidak mahu umatnya saling mengkhianati antara satu sama lain sehingga akhirnya masyarakat menjadi porak peranda. Daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi amanah kepadamu, dan janganlah kamu khianati orang yang mengkhianatimu.”

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi).

Sedangkan perbuatan khianat terhadap orang yang mengkhianati kita pun tidak dibenarkan, maka sudah tentu melakukan khianat terhadap orang yang tidak mengkhianati kita itu lebih jelas lagi dilarang dan ditegah oleh Baginda SAW . Bahkan orang yang khianat itu pasti akan dicampakkan oleh Allah SWT ke dalam api neraka, walaupun di dunia ini ia mungkin terselamat.

Saidina ‘Umar bin al-Khattab Radiallahuanhu pernah menceritakan:

Maksudnya : “Ketika selesai perang Khaibar, maka sekumpulan sahabat Nabi SAW tiba seraya berkata: ‘Si fulan mati syahid, si fulan mati syahid’, sehingga mereka melewati seorang lelaki dan berkata: ‘Si fulan mati syahid.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Tidak sekali-kali, sesungguhnya aku melihatnya berada di dalam api neraka akibat sehelai pakaian atau jubah yang dia ambil (daripada rampasan perang sebelum dibahagikan).”

(Riwayat Muslim).

Jika pakaian atau jubah yang diambil secara khianat yang mana harganya tidak seberapa itu pun menyebabkan pelakunya dicampakkan ke dalam api neraka, maka bayangkan pula bagaimana keadaan orang yang menggelapkan wang sehingga menjangkau ratusan malah jutaan ringgit nilainya?

Firman Allah SWT yabg bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukuman di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”

(al-Nisa’ : 58)

Previous Post

Pesaing Open AI, Anthropic jadikan Claude chatbot lebih efisyen

Next Post

Karnival Usahawan Desa @ Putrajaya 2023, tarik ramai pengunjung dengan pelbagai aktiviti

Next Post
Karnival Usahawan Desa @ Putrajaya 2023, tarik ramai pengunjung dengan pelbagai aktiviti

Karnival Usahawan Desa @ Putrajaya 2023, tarik ramai pengunjung dengan pelbagai aktiviti

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal
  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker