Setelah empat bulan berpisah daripada keluarga tercinta usahawan kosmetik terkenal Dato’ Aliff Syukri membuat keputusan untuk kembali di sisi isteri dan anak-anak beliau.
Menerusi entri yang dimuat naik bersama anak perempuan beliau iaitu Raudhah Aishah iaitu di Instagram Aliff Syukri memberitahu bahawa kehilangan beliau selama empat bulan ini bukan merajuk tetapi sekadar untuk muhasabah diri agar menjadi manusia yang soleh dan lebih matang. Katanya lagi setelah 4 bulan berjauhan daripada anak hidupnya menjadi kosong dan membuang ego demi keluarga tercinta.
Aliff turut memberitahu bahawa apa yang berlaku bukanlah suatu gimik untuk meraih publisiti kerana beliau juga orang biasa. Sudah semestinya ada pasang surut dalam berumahtangga.
Pada Mac lalu, kemelut rumahtangga Aliff Syukri dan isteri iaitu Nur Shahida menjadi perbualan para netizen apabila dia memuat naik surat permohonan cerai melalui IG story Nur Shahida.
Selain itu juga Aliff turut memuatnaik status sedih di Instagram serta mengambil tindakan untuk “unfollow” isterinya. Aliff Syukri juga tidak mahu mengulas lanjut tentang permohonan cerai isterinya.
Hasil perkahwinan Aliff Syukri dan Nur Shahida mereka dikurniakan 5 orang anak iaitu Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Ameena Aliffsyah dan Raudah Aishah.
Sumber : beritaharianonline
Gambar : Hype.my