Kepochi
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi
Friday, March 24, 2023
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Info

Aliff Aziz tamat teka-teka GV8

by Kamarool
January 24, 2022
2 min read
7 0
0
Aliff Aziz tamat teka-teka GV8
Share on FacebookShare on Twitter

Program realiti Gegarvaganza (GV) musim kelapan menamatkan kehangatannya malam tadi dengan menobatkan Aliff Aziz sebagai juara.

Kemenangan Alif menamatkan teka-teki siapa juara terbaru program terbitan Astro. Ini kerana kedudukan artis yang berubah saban minggu menyukarkan penonton meneka juara terbaru program itu.

RELATED STORIES

5 Sebab Anda Kena Rai CNY 2023 di Restoran Cina Tung Yuen!

5 Sebab Anda Kena Rai CNY 2023 di Restoran Cina Tung Yuen!

December 27, 2022
Kekangan Kewangan Beri Impak Besar Pendidikan Anak-Anak

Kekangan Kewangan Beri Impak Besar Pendidikan Anak-Anak

December 21, 2022

Meski Alif dikatakan peserta yang di dikatakan mendapat jolokan anak emas Astro. Namun Aweera juga diberi gelaran sama.

Malahan hampir semua peserta akhir pernah menduduki tempat pertama dalam konsert mingguan.

Alif menyampaikan Sampai Syurga nyanyian asal Faizal Tahir serta lagu Dealova (Once) duet bersama Hafiz Suip.

Manakala bagi segmen battle Alif berentap bersama Aweera dengan lagu Bangun (Aman-Ra).

Kredit Foto : IG Official Hlive

Kemenangan Alif membolehkan penyanyi yang suatu masa dahulu tak lekang dengan kontroversi ini membawa pulang wang tunai RM100, 000.

Tempat kedua pula disandang Nikki Palikat, dengan membawa pulang wang tunai RM50,000.

Nikki menyampaikan lagu Titanium (Rihanna) serta lagu Jera (Agnes Monica) duet bersama Shila Amzah.

Menerusi lagu Terasing (Datuk Sudirman) dan Mengapa (Nicky Astria) membawa Suki Low ketempat ketiga.

Selaku tempat ketiga, penyanyi yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu membawa pulang wang tunai RM30,000.

Adibah Noor yang merupakan peserta paling senior menduduki tempat keempat dengan wang tunai RM20,000.

Adibah menyampaikan lagu Seroja serta lagu Kau Di Hatiku duet bersama penyanyi asal Datuk Zainal Abidin.

Bekas vokalis Scan, Azan pula berada ditempat kelima, sekaligus membolehkannya memperolehi RM 15,000. 

Azan menyampaikan lagu Seribu Tahun Takkan Mungkin (BPR) dan Dipersimpangan Dilema (Datuk Nora) duet bersama Shiha Zikir.

Aweera pula membolot RM10,00 selaku tempat keenam.

Aweera mendendangkan lagu Beggin (Maneskin) dan Sepi (Aina Abdul) duet bersama Liza Hanim.

Untuk rekod, Aweera mendapat kedudukan juara minggu lepas di peringkat separuh akhir.

Program yang dipancarkan secara langsung dari PICC, Putrajaya ini dijuri maestro muzik Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Joe Flizzow.

Jihan Muse dan Nabil Ahmad  menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program yang bersiaran selama 10 minggu ini.

Kredit Foto : IG Official Hlive

Previous Post

“Tangan saya rasa kebas mencucuk-cucuk dan ngilu. Saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaan mereka ketika musim sejuk.” – Irma Hasmie

Next Post

5 Kebaikan Bagi Anak Main Pasir

Next Post
5 Kebaikan Bagi Anak Main Pasir

5 Kebaikan Bagi Anak Main Pasir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • 5 Sebab Anda Kena Rai CNY 2023 di Restoran Cina Tung Yuen!
  • Kekangan Kewangan Beri Impak Besar Pendidikan Anak-Anak
  • Pulangnya si Mati & Perang Anak Raja
  • SEMANGAT HEBAT RALPH LAUREN 

Categories

  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Resepi
  • Uncategorized

© 2023 MYKEPOCHI - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Home
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker