Pernah tular sebelum ini mengenai rumput pendul, kini ianya tular kembali berikutan terlalu banyak kes virus Parvo yang menjangkiti kucing dan orang ramai mencari alternatif lain bagi mengubati penyakit ini.
Selain dikenali dengan nama rumput pendul, rumput ini juga dipanggil rumput kepala lalat atau rumput mata lalat. Ada juga yang memanggil rumput ini dengan nama pokok helikopter. Manakala nama saintifiknya ialah Kyllinga Brevifolia.
Rumput pendul tumbuh meliar di kebanyakan kawasan. Ia mudah ditemukan di kawasan tertentu, seperti halaman rumah, taman, tepi parit, kawasan berlumpur, padang atau tempat lapang yang terbiar. Ia tumbuh dalam bentuk serumpun. Rumput pendul juga tidak akan tumbuh di celah pohon besar. Ia suka tempat terang dengan cahaya matahari.
Daun rumput pendul mempunyai tiga cabang sahaja dan bunganya berwarna putih
1️⃣ Cabut rumput ini bersama akarnya.
2️⃣ Bersihkan tanah dari akar dan daun.
3️⃣ Patahkan sedikit demi sedikit. Masukkan daun, batang dan akar ke dalam bekas dan rebus dengan api yang sederhana hingga agak mendidih. Jangan guna api besar kerana khasiatnya akan hilang.
4️⃣ Apabila kandungan air sudah menjadi separuh, matikan api dan sejukkan pada suhu bilik.
5️⃣ Apabila sudah sejuk, bagi 10ml hingga 20ml air rebusan kepada kucing yang sakit waktu pagi dan malam.
Selebihnya boleh disimpan di dalam peti sejuk. Tapi tidak boleh lebih dari dua minggu. Takut hilang pula khasiatnya. Kena cari rumput baru dan buat 🙂
Kredit: Boby Cat Shop
– Kalau Ada Kucing Kena Virus Parvo, Boleh Bagi Rumput Pendul!