Pernah tak terfikir untuk berniaga tetapi tidak mempunyai wang modal yang tinggi, lebih-lebih lagi apabila tinggal di tengah bandar Kuala Lumpur?
Haa, jangan risau. Peluang emas sudah tiba untuk anda semua anak muda yang berumur 35 tahun ke bawah dengan kadar sewa tapak serendah RM20 sahaja sebulan!
Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Wilayah Persekutuan itu menyediakan sebanyak 1,122 peluang pekerjaan khusus bagi membantu belia yang kehilangan kerja akibat Covid-19.
Menteri WP, Tan Sri Annuar Musa berkata, inisiatif itu diwujudkan bukan sahaja untuk membantu golongan belia, tetapi untuk merancakkan semula ekonomi negara dengan aktiviti pembelian dalam kalangan pelancong domestik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Kelebihan Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota
- Bakal usahawan dikenakan bayaran nominal mengikut keluasan ruang niaga
- Mendapat green lane bagi permohonan lesen perniagaan di PBT
- Membantu padanan bagi perniagaan francais
- Mendapat bantuan dan akses dalam mengaplikasikan ekonomi digital
Lokasi strategik ruang perniagaan di sekitar KL dan Putrajaya
-
64 kios di kawasan River of Life
-
490 kios di perhentian bas dan teksi
-
85 kios di tengah-tengah pusat bandaraya KL
-
200 buah food truck
-
96 kios dan ruang niaga di medan selera sekitar Putrajaya
Bagi yang berminat, permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://usahawanwp.kwp.gov.my dan status permohonan boleh disemak mulai 1 Ogos depan.
Tetapi ingat, tawaran ini hanya untuk belia yang baru nak mulakan perniagaan. Kepada sesiapa yang sudah mempunyai perniagaan berjaya, anda tidak dibenarkan untuk memohon! Kongsilah rezeki yang ada bersama-sama. #