Hari ni kecoh di media sosial tentang pembukaan semula panggung wayang pada awal bulan depan iaitu hari Rabu pada 1 Julai 2020. Mendengarkan berita ini kebanyakan warganet meluahkan rasa seronok.
Maklumlah hampir empat bulan tak tengok wayang! Rasa Popcorn pun dah mula rindu. Jom dengarkan kenyataan dari Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada petang semalam.
Bagaimanapun, terdapat beberapa garis panduan yang sangat ketat dikeluarkan oleh kerajaan dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Nampaknya, kerajaan buka sektor hiburan bukan membabi buta ye, ada syarat yang perlu rakyat dan pemilik panggung wayang patuhi.
Harap rakyat Malaysia serta pemilik panggung boleh mematuhi syarat yang dikeluarkan ni supaya tidak ada kluster panggung wayang pada masa akan datang.
Kepada mereka yang dah tak sabar nak tunggu 1 Julai untuk ke panggung wayang, pastikan anda ambil tahu dulu ye SOP yang lain-lain. Nanti takut sampai sana kecewa tak dapat masuk, ihiks!
Sumber: yt