Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Saturday, June 7, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Sijil Halal Produk Allagappa’s Ditarik? Ini Sebabnya

by Team Kepochi
March 26, 2024
3 min read
7 0
0
Sijil Halal Produk Allagappa’s Ditarik? Ini Sebabnya
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan berita penarikan balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi Syarikat Alagappa Flour Mills Sdn Bhd yang tular melalui media sosial baru-baru ini, terdapat beberapa spekulasi yang dibuat oleh warga net mengenai isu tersebut. Umum sedia maklum, isu halal sesuatu produk makanan merupakan aspek yang perlu dititik beratkan oleh umat beragama Islam.

Dimaklumkan bahawa penarikan sijil halal bagi produk syarikat tersebut adalah disebabkan ketidakpatuhan pihak syarikat terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020.

Menurut Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan, status halal produk yang dikilangkan oleh syarikat sebelum 12 Mac 2024 tidak terjejas.

RELATED STORIES

Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal

Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal

June 3, 2025
Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

June 3, 2025

“Suka untuk diingatkan bahawa sesuatu produk yang tidak dipersijilkan halal atau tidak mempunyai SPHM bukan membawa maksud produk tersebut haram.

“Sekiranya satu-satu produk tersebut menerima SPHM maka ia pastinya telah memenuhi keperluan digariskan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 dan standard halal serta peraturan yang berkuat kuasa,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, amalan terbaik perlu dipraktikkan secara berterusan dalam membuat pemilihan produk atau perkhidmatan yang dipersjilkan halal kerana produk dan perkhidmatan dengan SPHM pasti halal, selamat serta lebih baik.

Susulan penarikan SPHM itu, Syarikat Alagappa Flour Mills menerusi laman sosial Facebook memuat naik satu hantaran yang memperjelaskan isu berkenaan.

Alagappa Flour Mills berkata, hal tersebut tiada sebarang kaitan dengan penggunaan mana-mana bahan mentah atau ramuan yang tercemar dengan bahan haram mahupun isu kebersihan.

“Pada peringkat awalnya, syarikat hanya dikenakan tindakan penggantungan sijil halal sahaja. Hal ini disebabkan oleh beberapa kesalahan teknikal yang tidak kritikal. Pihak syarikat diberi masa untuk melakukan penambahbaikan terhadap ketidakakuran tersebut.

“Bagaimanapun, disebabkan beberapa kekangan berkenaan tenaga kerja menyebabkan penambahbaikan dan penutupan laporan ketidakakuran tersebut tidak dapat ditutup dengan sempurna pada masa yang telah diperuntukkan sehingga menyebabkan sijil halal kami ditarik balik,” jelas kenyataan.

Susulan itu, Alagappa Flour Mills secara drastik telah memperkasa tenaga kerja syarikat khusus terhadap bahagian Eksekutif Halal, Jawatankuasa Halal Dalaman dan menubuhkan Alagappa’s Halal Department untuk menerajui segala hal ehwal berkaitan pengurusan halal syarikat.

Tambahnya, pihak syarikat juga telah melakukan permohonan semula untuk mendapatkan pensijilan halal syarikat daripada pihak Jakim.

“Sekiranya tiada halangan, syarikat kami akan melalui proses audit semula selewat-lewatnya pada bulan Mac 2024 ini,” katanya.

Dalam pada itu, JAKIM turut menjelaskan bahawa status halal produk syarikat yang dikeluarkan sebelum 12 Mac 2024 tidak terkesan dengan pembatalan sijil halal ini.

JAKIM dalam masa sama mengingatkan orang ramai bahawa produk tanpa sijil halal tidak bermakna ianya haram. Peringatan mesra itu adalah ekoran daripada komen-komen netizen yang menjatuhkan hukum haram bagi syarikat yang tiada sijil halal.

Tambah pihak berkuasa itu lagi, mana-mana produk yang mendapat pensijilan halal oleh JAKIM telah pun memenuhi semua syarat di bawah Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 termasuklah piawaian dan peraturan halal.

Previous Post

Rapatkan saf ketika solat jemaah dituntut dalam Islam

Next Post

Memburu pahala di Separuh Ramadan

Next Post
Memburu pahala di Separuh Ramadan

Memburu pahala di Separuh Ramadan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal
  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman
  • KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000
  • “Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker