Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Saturday, July 5, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Peluasan Penuaian STR Bagi Kawasan Pedalaman Semenanjung Malaysia Khususnya Masyarakat Orang Asli

by Myra Hamdi
March 6, 2024
2 min read
5 0
0
Peluasan Penuaian STR Bagi Kawasan Pedalaman Semenanjung Malaysia Khususnya Masyarakat Orang Asli
Share on FacebookShare on Twitter

Susulan keberkesanan program penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak sejak tahun 2019, Kerajaan MADANI telah meluaskan program penunaian tahun ini ke kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia khususnya melibatkan masyarakat Orang Asli.

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, telah hadir bagi memantau pelaksanaan program rintis penunaian tersebut di Dewan Jelutong, Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak hari ini yang melibatkan lebih 400 penerima STR Orang Asli.

“Selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI, peluasan penunaian STR merupakan antara usaha Kerajaan memantapkan penyampaian awam dengan memastikan bantuan Kerajaan sampai kepada masyarakat yang amat memerlukan, seperti Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman,” ulas Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

RELATED STORIES

Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?

Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?

July 4, 2025
Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

July 4, 2025

Program penunaian di Daerah Batang Padang hari ini akan disusuli dengan lokasi- lokasi lain masyarakat Orang Asli antaranya Lipis dan Rompin di Pahang, Gua Musang di Kelantan dan Hulu Perak di Perak sepanjang tahun 2024. Program rintis penunaian ini diselaraskan oleh Kementerian Kewangan dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Peruntukan sebanyak RM10 bilion telah disediakan pada tahun 2024 untuk lebih 8 juta penerima STR. Berdasarkan pangkalan data STR, terdapat 82 ribu masyarakat Orang Asli yang berdaftar dan layak mendapat STR berjumlah RM82.4 juta1. Daripada jumlah ini, 14 ribu tidak mempunyai akaun bank dan perlu hadir ke cawangan BSN seluruh negara untuk membuat penunaian. Mengambil kira kekangan dan rintangan masyarakat Orang Asli yang tinggal jauh di pedalaman Semenanjung Malaysia, Kementerian Kewangan telah mulai tahun ini merintiskan penunaian STR untuk masyarakat Orang Asli yang terpencil.

YB Menteri Kewangan II turut meninjau pelaksanaan program subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di sebuah pasaraya di Tapah yang melibatkan hampir 50 penerima SARA. Pelaksanaan program SARA secara keseluruhan untuk tahun 2024 melibatkan 700 ribu penerima daripada golongan miskin dan miskin tegar di mana penerima diberi kredit sehingga RM100 sebulan melalui MyKad untuk membeli barangan keperluan asas.

“Program SARA telah ditambah baik untuk tahun 2024 dengan meningkat kadar bantuan, bilangan penerima serta memperluaskan barangan asas yang boleh dibeli untuk meliputi ubat, barangan kebersihan diri dan peralatan sekolah. Mekanisme SARA menggunakan MyKad adalah mudah dan selamat serta memberi penerima pelbagai pilihan barangan asas untuk dibeli,” jelas YB Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Previous Post

Istana Budaya terus semarak seni budaya sepanjang 2024

Next Post

SAFETY CAR F1 ASTON MARTIN VANTAGE BAHARU TAMPIL LEBIH CANGGIH

Next Post
SAFETY CAR F1 ASTON MARTIN VANTAGE BAHARU TAMPIL LEBIH CANGGIH

SAFETY CAR F1 ASTON MARTIN VANTAGE BAHARU TAMPIL LEBIH CANGGIH

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?
  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker