Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Kesihatan

KKM bakal ambil tindakan penjualan ‘energy stick’

by Team Kepochi
February 5, 2024
2 min read
5 0
0
KKM bakal ambil tindakan penjualan ‘energy stick’
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal mengambil tindakan segera berhubung penjualan produk penyedut hidung atau ‘energy stick’ di media sosial yang kononnya mampu memberi tenaga dan kesegaran kepada penggunanya.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau mengakui sudah menerima aduan dan amaran berkaitan produk tersebut sebelum ini.

“Saya sudah awal terima ‘alert’ ini dan terus beritahu kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan serta timbalannya.“KKM akan ambil tindakan segera berhubung perkara tersebut,” katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesedaran Kanser Hati sempena Hari Kanser Sedunia 2024 di Bandar Tun Razak, Cheras pada Ahad.

RELATED STORIES

Kesihatan Tak Mahal, Kalau Tahu Caranya

Kesihatan Tak Mahal, Kalau Tahu Caranya

April 26, 2025
4 Sebab Kenapa Dr. Malar Guna MSG Dalam Masakan

4 Sebab Kenapa Dr. Malar Guna MSG Dalam Masakan

March 13, 2025

Sebelum ini media melaporkan, penggunaan ‘energy stick’ atau penyedut hidung (nasal inhaler) telah meningkat dalam kalangan pelajar sekolah.

Public Health Malaysia menerusi hantaran di platform X kemudiannya mengeluarkan maklumat kepada masyarakat agar berwaspada dengan penggunaan bahan terbabit.

Menurutnya, produk jolok hidung dan sedut itu adalah terkini di pasaran dan dijual secara berleluasa dengan harga serendah RM2.50 sehingga RM10 sahaja.

Produk tersebut dipromosikan untuk memberi tenaga dan kesegaran kepada pengguna manakala sesetengah penjual menggunakan ‘tagline’, ‘sedut dahulu, baru pergi sekolah’ atau ‘sedut dulu baru mulakan kerja’.

Ia bersaiz kecil sebesar pemetik api, berwarna warni dan didatangkan dengan pelbagai perisa menarik serta mempunyai dua corong yang muat ke dalam lubang hidung yang boleh disedut masuk ke paru-paru.

Public Health Malaysia berkata, jika diperhatikan, pengambilannya sama seperti dadah iaitu kaedah melalui hidung atau ‘snorting’ dan secara psikologinya sangat negatif kerana menggalakkan pengguna untuk mencuba bahan lain.

-Sinar Harian

Previous Post

Pocket Rocketman melepaskan peluang peroleh pingat, utamakan pemulihan kesihatan

Next Post

KWSP umum benarkan ahli guna Akaun 2 beli insurans untuk ahli keluarga

Next Post
KWSP umum benarkan ahli guna Akaun 2 beli insurans untuk ahli keluarga

KWSP umum benarkan ahli guna Akaun 2 beli insurans untuk ahli keluarga

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker