Platform penstriman kanak-kanak berunsur islamik dan selamat ditonton Durioo+ bakal menayangkan sebuah siri animasi genre sains fiksyen (sci-fi) islamik pada bulan Ramadan tahun ini.
Menerusi pengumuman yang dibuat oleh pengasan Durioo+ Sinan Ismail, siri animasi genre ini merupakan animasi berkualiti tinggi yang pertama di dunia.
“Ilm – Kebangkitan Khalifah” adalah tambahan terbaru dalam rangkaian siri animasi terkenal mereka dan sangat berbeza berbanding dengan siri lain kerana jalan cerita yang inovatif dan kali pertama produksi Durioo+ mensasarkan penonton kanak-kanak berumur 8-12 tahun.
Kualiti produksi, adegan aksi yang menghiburkan, dan jalan cerita yang unik pasti akan menjadikan penonton terpaku, dan siri ini pastinya boleh bersaing rapat dengan nama-nama besar lain wujud di pasaran.
Turut diperkenalkan juga watak yang bakal menerajui siri animasi ini adalah Siddiq. Pemilihan nama watak dari salah satu sifat Nabi ini secara tidak lansung dapat memenuhi permintaan ibu bapa tentang Hero Islamik.
Misi Durioo+ adalah membina ummah yang beriman, berakhlak dan berilmu melalui platform penstriman yang disediakan.
Nantikan teaser trailer yang bakal di tayangkan pada 9 Februari ini.