Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Thursday, July 3, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Lelaki tular curi kereta dipenjara 12 bulan

by Team Kepochi
November 29, 2023
1 min read
6 0
0
Lelaki tular curi kereta dipenjara 12 bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Padah melarikan kereta di premis cuci kenderaan, seorang pekerja kilang yang videonya tular di media sosial dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Majistret Sasha Diana Sabtu memutuskan hukuman bermula dari tarikh tangkapan iaitu Khamis lalu selepas tertuduh, Mohd Syazrul Yahya, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa berniat mencuri kereta Honda City hatchback milik wanita berusia 51 tahun bernilai RM85,000 di tempat cucian kenderaan di Seksyen 16, di sini, jam 8 malam, 20 November lalu.

RELATED STORIES

Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?

Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?

June 29, 2025
Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

June 7, 2025

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Marcus Low yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya dijatuhkan hukuman penjara minimum kerana menanggung bapa berusia 62 tahun.

“Tertuduh kesal dan insaf dengan kesalahan dilakukan. Pengakuan bersalah juga menjimatkan masa dan kos mahkamah,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran mencadangkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan seorang lelaki di Kedah pada 23 November lalu selepas suspek tular kerana melarikan kereta di premis cuci kenderaan di Shah Alam.

Siasatan mendapati mangsa menyerahkan kunci keretanya kepada suspek yang disangka pekerja premis berkenaan. -HARIAN METRO

Previous Post

Teka-teki teraju utama Keluang Man akhirnya terjawab

Next Post

PERUNTUKAN RM1 BILION BAGI eMADANI DIJANGKA MEMANFAATKAN SEHINGGA 10 JUTA RAKYAT MALAYSIA

Next Post
Pembayaran akhir STR fasa 4 bermula 7 November sebelum Deepavali

PERUNTUKAN RM1 BILION BAGI eMADANI DIJANGKA MEMANFAATKAN SEHINGGA 10 JUTA RAKYAT MALAYSIA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?
  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker