Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Monday, May 12, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

 15 Pakar Akademik Bidang Ekonomi Perkasakan Fungsi Semak Imbang Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan Dan Ekonomi Parlimen Malaysia

by Team Kepochi
November 28, 2023
2 min read
7 0
0
 15 Pakar Akademik Bidang Ekonomi Perkasakan Fungsi Semak Imbang Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan Dan Ekonomi Parlimen Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Seramai 15 orang pakar akademik dalam bidang ekonomi daripada universiti awam dan institusi pendidikan tinggi swasta telah dilantik sebagai pakar rujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi Parlimen Malaysia Kelima Belas (JKPKKE).

Pelantikan itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, serta Pengerusi JKPKKE, YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pakar Rujuk JKPKKE.

Menerusi watikah itu, pakar-pakar rujuk akan bertanggungjawab memberi khidmat nasihat dan rujukan kepada JKPKKE dalam hal ehwal berkaitan ekonomi dan kewangan.

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

May 11, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

Penerima watikah telah disyorkan oleh Bahagian Kecemerlangan Akademik, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi berdasarkan pengalaman luas mereka dalam bidang kewangan dan ekonomi, pelaburan dan perdagangan antarabangsa, rantaian nilai global, pembangunan ekonomi dan ekonometrik.

Bercakap dalam Majlis Penyerahan Watikah yang berlangsung pada pagi ini, YB Tan Sri Johari mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli akademik yang telah dilantik dan menyatakan harapan agar peranan JKPKKE akan lebih diperkasakan melalui nasihat dan pandangan yang diberikan oleh pakar rujuk.

“JKPKKE merupakan salah satu daripada mekanisme badan perundangan yang signifikan dan saling melengkapi kepada badan eksekutif. Ini selaras dengan pemerkasaan instrumen legislatif yang merupakan antara agenda penting dalam Reformasi Parlimen. Harapan saya agar inisiatif kolaborasi di antara Parlimen Malaysia danKementerian Pendidikan Tinggi ini dapat meningkatkan keberkesanan dan meningkatkan kewibawaan Jawatankuasa Pilihan (JKPK) dalam menjalankan proses semak dan imbang terhadap badan eksekutif,” kata YB Tan Sri Johari dalam ucapan perasmiannya.

Terdahulu, terdapat 10 JKPK yang telah dilantik dengan perintah Dewan Rakyat bagiParlimen ke-15 sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap kementerian- kementerian, membantu menambah baik urusan kementerian-kementerian mencari jalan penyelesaian bersama terhadap isu kepentingan rakyat serta membawa usul untuk perbincangan dan perbahasan yang lebih lanjut dalam Dewan Rakyat. 10 Ahli Dewan Rakyat daripada kalangan backbenchers dan pembangkang telah dipilih sebagai pengerusi jawatankuasa-jawatankuasa ini. -PARLIMEN MALAYSIA

Previous Post

Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami hujan lebat berterusan

Next Post

Teka-teki teraju utama Keluang Man akhirnya terjawab

Next Post
Teka-teki teraju utama Keluang Man akhirnya terjawab

Teka-teki teraju utama Keluang Man akhirnya terjawab

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!
  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker