Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Negara-negara Arab kutuk kenyataan menteri Israel guna senjata nuklear di Gaza

by Team Kepochi
November 6, 2023
2 min read
6 0
0
Negara-negara Arab kutuk kenyataan menteri Israel guna senjata nuklear di Gaza
Share on FacebookShare on Twitter

Negara-negara Arab seperti Arab Saudi, Jordan, Qatar dan Yaman pada Ahad mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan seorang menteri kabinet Israel yang mencadangkan untuk menggugurkan bom nuklear di Gaza sebagai satu daripada ‘pilihan’ Israel pada masa akan datang, lapor Agensi Anadolu, Istanbul.

Menurut Kementerian Luar Arab Saudi kegagalan untuk segera memecat menteri itu dan hanya menggantung tugasnya mencerminkan sikap tidak peduli terhadap nilai kemanusiaan, etika, agama dan undang-undang oleh Israel, lapor Agensi Berita Arab Saudi.

Jordan juga mengecam kenyataan itu, menyifatkannya sebagai seruan untuk pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kebencian yang tidak boleh diabaikan.

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

Kenyataan itu juga berunsur hasutan untuk membunuh dan melakukan jenayah perang, sebagai tambahan kepada jenayah-jenayah yang dilakukan terhadap penduduk Semenanjung Gaza.

Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Sufyan Al-Qudah berkata, kenyataan sedemikian merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan yang memerlukan masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera membanterasnya.

Beliau berkata memerangi ucapan kebencian melibatkan langkah-langkah berkesan akan memaksa Israel, sebagai kuasa penjajah untuk menghentikan serangan berterusan terhadap penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki serta pencabulan mereka ke atas undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan.

Sementara itu, Kementerian Luar Qatar berkata, ancaman itu satu merupakan hasutan serius untuk melakukan jenayah perang.

Qatar turut mengecam tindakan Israel yang tidak memecat menteri itu.

Yaman menerusi Kementerian Luarnya juga mengecam kenyataan pegawai Israel itu yang disifatkan mencerminkan tahap kebencian dan ekstremisme yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Yaman turut menggesa masyarakat antarabangsa untuk menghentikan retorik perkauman dan menghasut, serta jenayah terhadap penduduk Palestin. – Bernama

Previous Post

Palestin antara negara dengan saiz ekonomi terkecil di dunia. Ranking 121 dunia

Next Post

Graduan terima berita duka 15 minit sebelum terima skrol ijazah

Next Post
Graduan terima berita duka 15 minit sebelum terima skrol ijazah

Graduan terima berita duka 15 minit sebelum terima skrol ijazah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker