Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Sunday, May 11, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Blake sudah tiada

by Myra Hamdi
September 20, 2023
2 min read
6 1
0
Blake sudah tiada
Share on FacebookShare on Twitter

Anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diberi nama Blake, mati petang semalam selepas dikesan menghidapi barah limfoma.

Blake yang bertugas di Unit Anjing Pengesan (K9) terbabit dalam pelbagai misi Mencari dan Menyelamat (SAR) termasuk tragedi tanah runtuh di Batang Kali; mengesan mangsa lemas di Tol Batu 13, Lorong 16, Kampung Kenangan, Selangor; Operasi SAR kepala air di Titi Hayun, Yang, Kedah dan SAR mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak, Pahang.

Anjing pengesan dari disiplin Cadaver itu terpaksa ditidurkan jam 4.38 petang semalam, selepas didiagnosis menghidapi barah Limfoma tahap empat pada 15 Ogos lalu sebelum dimasukkan sekali lagi ke Wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) 14 September lalu.

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

Bahagian Pengurusan Korporat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, Blake turut sempat mengikuti raptai Sambutan Hari Kebangsaan ke-66, Ogos lalu.

“Blake dimasukkan ke Wad Veterinar selepas didapati hilang selera makan dan kelesuan selain untuk mendapatkan perkembangan berkaitan barah dihadapi anjing berkenaan.

“Sepanjang berada di wad untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, anjing ini gagal memberi respon kepada ubat dan rawatan yang diberikan oleh pihak veterinar malah barah limfoma yang dikesan pada anjing itu juga semakin agresif sehingga merebak ke seluruh badan dan semakin membesar,” katanya.

Bahagian Pengurusan Korporat berkenaan berkatahasil perbincangan bersama Pakar Veterinar, Dr Nur Alimah Rahman, pihak jabatan bersetuju dengan keputusan untuk menidurkan Blake kerana kesihatannya yang merosot secara mendadak serta tiada harapan untuk dipulihkan.

“Blake terpaksa ditidurkan (euthanized) pada jam 4.38 petang semalam dan disahkan sudah tiada hari ini.

“Anjing Pengesan Blake adalah anjing baka English Springer Spaniel yang berasal dari United Kingdom dan merupakan perolehan JBPM pada tahun 2017,” katanya.

JBPM juga memaklumkan kehilangan Blake sudah pastinya dirasai oleh seluruh warga JBPM dan khidmat bakti yang telah disumbangkan sepanjang berkhidmat akan sentiasa dihargai dan dikenang.

Sumber : Berita Harian

Previous Post

Nasi Kandaq Fest himpunkan lejen di bawah saru bumbung

Next Post

Pakar jalankan pemindahan jantung babi kedua kepada manusia

Next Post
Pakar jalankan pemindahan jantung babi kedua kepada manusia

Pakar jalankan pemindahan jantung babi kedua kepada manusia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!
  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker