Jaguh bola sepak ternama Cristiano Ronaldo membuka pintu hotelnya yang terletak di Maghribi, Hotel Pestana CR7 sebagai tempat perlindungan buat mangsa gempa bumi di negara itu.
Terdahulu, dunia digemparkan dengan bencana gempa bumi kuat di Maghribi yang sudah mengorbankan lebih 2,000 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 2,000 lagi.
Gempa bumi yang paling dahsyat melanda negara yang menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO ini selama beberapa dekad, bermagnitud 6.8 pada lewat Jumaat lalu.
Dalam pada itu, Ronaldo diketahui mempunyai banyak hotel di merata Eropah dan Timur Tengah termasuklah di negara gerbang Afrika itu.
Hotel yang dimiliki Ronaldo di Maghribi adalah bertaraf empat bintang yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti kolam renang, pusat kecergasan dan restoran.
Namun, sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan CristianoXtra di X, Ronaldo memutuskan untuk menjadikan hotel tersebut sebagai sebuah tempat perlindungan memandangkan ramai yang cedera dan terkorban dalam gempa yang menggegarkan Maghribi pada lewat Jumaat lalu.