Pada pagi Rabu lepas, Meta secara rasminya melancarkan aplikasi Threads, platform media sosial baharu itu berjaya mencatatkan 30 juta pendaftaran pengguna dalam kurang sehari ianya dilancarkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg mengumumkan perkara tersebut menerusi akaun Threads miliknya.
Platform yang menjadi pesaing Twitter milik Elon Musk itu dilihat mampu menjadi fenomena baharu media sosial.
Dilaporkan pengguna boleh berkongsi cerita yang lebih panjang berbanding di Twitter kerana limit patah perkataan yang ditetapkan oleh Meta adalah 500 patah perkataan.
Malah, aplikasi ini boleh di akses dan muat turun melalui kedua-dua jenis peranti yang menggunakan sistem operasi Android dan iOS di 100 buah negara.
Aplikasi tersebut dilihat mempunyai banyak persamaan dari pelbagai aspek, terutamanya dari reka letak sehingga ke aspek penerangan platform tersebut dengan aplikasi Twitter yang dapat dilihat melalui perkongsian Meta sejak awal minggu ini.
Beberapa hari yang lepas Twitter mengehadkan jumlah penggunanya mengikut jenis langganan mereka sebagai pengguna. Ianya dilihat mengecewakan ramai pengguna sehingga ramai pengguna yang terpaksa membuat akaun lain atau mengaksesnya diluar aplikasi.
Namun, Threads muncul diambang Twitter yang sedang mengalami beberapa gangguan kepada seluruh penggunanya menjadikan lebih ramai pengguna yang lari dari Twitter untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Mari kita nantikan sejauh mana kerelevanan aplikasi Threads ini, adakah Meta mampu bersaing dengan Twitter?
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official