Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, serta Terengganu.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh turut memaklumkan penamaan calon ditetapkan pada 29 Julai.
“Bagi pengundian awal pula adalah pada 8 Ogos,” katanya menerusi sidang akhbar di ibu pejabat SPR di sini pada Khamis.
PRN melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.
Malah, seramai lebih 9.7 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab pada PRN di enam negeri berkenaan.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official