Luis de la Fuente, jurulatih berpengalaman Sepanyol akhirnya menutup mulut pengkritik apabila berjaya membimbing Sepanyol merangkul kejuaraan Liga Negara-Negara selepas menewaskan Croatia 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi Isnin.
De la fuente pada awalnya dikritik hebat susulan kekalahan kepada Scotland dalam kelayakan Euro 2024.
Dengan kemenangan ini juga dapat menebus kekecewaan tewas kepada Perancis pada final 2021.
Dani Carvajal muncul wira Sepanyol apabila meledak penalti ala Panenka dalam perlawanan akhir di Rotterdam, Belanda setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada masa sebenar permainan.
Sepanyol merupakan negara kedua berjaya memenangi Piala Dunia, Euro dan Liga Negara-Negara, selepas Perancis pada tahun 2021.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official