Seorang warga emas meninggal dunia akibat didera oleh anak kandung dan menantunya.
Pasangan suami isteri masing-masing berumur 34 tahun itu ditahan di rumah mereka semalam.
Mangsa wanita mualaf yang berusia 74 tahun itu dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah selepas tidak sedarkan diri. Mangsa didapati mempunyai kesan lebam di kedua mata, dahi dan telinga serta patah tulang rusuk kiri.
Anak perempuan mangsa mengaku ada memukul mangsa selepas berlaku pertengkaran.
Punca pertengkaran adalah disebabkan suspek tidak tahan dan tertekan dengan kerenah serta ragam mangsa sedangkan wanita itu dipercayai menderita akibat sakit strok di bahagian badan sebelah kiri.
Suaminya anak perempuannya itu turut disyaki terbabit berdasarkan keterangan yang meragukan.
Kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official