Wuduk ialah salah satu cara untuk menyucikan diri daripada hadas kecil. Sebelum solat, kita diwajibkan berwuduk sekiranya mempunyai air yang cukup.
Menjadi persoalan di kalangan kita adalah boleh ke kita bercakap ketika berwuduk?
Menurut Ustaz Azhar Idrus, bercakap ketika berwuduk tidak membatalkan wuduk. Akan tetapi kita disunatkan diam ketika berwuduk.
Dalam ibadah solat pula, bercakap boleh membatalkan solat. Menerusi saluran youtube rasmi Ustaz Azhar Idrus, beliau turut berpesan supaya kita perbanyakkan ilmu.
Semoga dengan perkongsian dapat menghilangkan kekeliruan dalam berwuduk.
Sumber: Youtube Ustaz Azhar Idrus