Bulan Syawal ni, mood PKP masih dirasai oleh setiap rakyat Malaysia. Kunjung mengunjung masih tidak digalakkan. Tapi, kita masih boleh mencuba resepi juadah hari raya untuk menjamu keluarga ataupun boleh juga diberi kepada jiran tetangga, keluarga dan mungkin rakan pejabat.
Jadi, jangan risau lagi. Kami kongsikan salah satu resepi yang mudah dan sedap iaitu Muffin Raya. Pemilik resepi ini iaitu Puan Azlina Ina telah berkongsi resepi ini di media social facebook dan mendapat perkongsian sebanyak 21 ribu serta 38 ribu tanda suka. Jom kita lihat apa bahan-bahan yang kita perlukan.
Bahan-bahan
- 4 biji telur
- Esen vanilla
- 1 cawan gula
- 1 cawan butter dicairkan
- 1 cawan ½ tepung self rising + 1 sudu kecil soda bikarbonat (Jika tiada boleh pakai tepung gandum + 1 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil baking powder. Jangan lupa ayak)
- ½ cawan serbuk koko/milo
- ½ cawan tepung susu
- 1 sudu kecil serbuk coffee
- ¼ cawan air panas
Cara-cara membuat muffin raya
- Satukan telur, gula, esen vanilla dan kacau dengan menggunakan senduk sahaja.
- Tambah butter yang telah dicairkan tadi.
- Masukkan tepung yang telah diayak dan kacau rata.
- Setelah itu masukkan serbuk koko dan coffee. Kacau rata.
- Jangan lupa masukkan air panas dan kacau sehingga rata.
- Akhir sekali isi ¾ cup muffin. Taburkan coklat chip atau badam. Panaskan oven, setkan masa selama 25-30 minit dan bakar pada suhu 170c api atas bawah mengikut oven masing-masing.
Sumber: Azlina Ina Fans