Ku lari ke hutan, kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai, kemudian teriakku.
Ini antara bait-bait puisi yang pasti diingati oleh semua pencinta filem Ada Apa Dengan Cinta. Puisi “Tentang Seseorang” ini merupakan karya Rako Prijanto.
Bukan puisinya yang ingin dikupas, tetapi pantainya. Pantai? Ya, pantai sememangnya sinonim dengan tempat percutian yang popular. Pantai jelas memberi ketenangan. Antara yang kian popular adalah Desaru. Untuk melonjakkan kembali sektor pelancongan Perdana Menteri kita juga menggalakkan untuk bercuti ke Desaru.
Desaru merupakan pusat pelancongan di Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Desaru bukan sahaja popular dengan keindahan pantai yang memukau, malah lebih dari itu. Terdapat banyak pilihan hotel dan resort untuk para pengunjung yang merancang untuk bermalam di Desaru. Antaranya adalah seperti:
Lotus Desaru Beach Resort & Spa antara yang sering menjadi pilihan bagi yang berkeluarga. Bukan sahaja terletak berdekatan dengan Pantai Desaru malah resort ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Adanya taman tema air disini menjadikannya antara resort penginapan yang mesra keluarga.
Desaru Coast Malaysia merupakan destinasi percutian jenama antarabangsa iaitu Hard Rock Hotel, Westin Hotel dan Anantara Desaru Coast. Terdapat pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur seperti taman tema air, golf dan pelbagai aktiviti air dapat dilakukan di sini.
Kampung Sayang Resort pula mempunyai lebih 50 buah chalet. Istimewanya ia lebih kepada citarasa tempatan. Gaya Malaysia.
Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa menyediakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada tetamu. Mewah dan santai.
Bayu Balau Beach Resort memberi kepuasan kepada mereka yang berkeluarga dengan promosi-promosi yang dijalankan sepanjang tahun.
Sea Horizon Resort memastikan pengalaman glamping anda sesuatu yang takkan dapat dilupakan kerananya ianya merupakan “Glamping di tebing laut pertama di Malaysia”.
Untuk menikmati hidangan sambil menikmati keindahan kelip-kelip pada malam hari boleh ke Restoren Terapung Seafood Bujang Firefly.
Selain itu antara tarikan lain adalah anda berpeluang melihat belangkas secara dekat di Pusat Ternakan Belangkas Sedili Kecil Kota Tinggi mempelajari sedikit sebanyak mengenai pembiakan belangkas.
Akhirnya anda berpeluang mendapat segala maklumat mengenai buaya dari Ratu Buaya sendiri di Crocodile World Teluk Sengat. Taman Buaya ini adalah yang terbesar di Semenanjung Malaysia yang menempatkan lebih dari 1000 ekor buaya.
Jadi apa lagi, ambil kesempatan cuti ini dan terus ke Desaru! Selamat Bercuti!