Bank Negara menerusi akaun rasmi instagramnya telah menjelaskan beberapa salah faham rakyat mengenai Kadar Dasar Semalam (OPR).
1) Kos sara hidup akan naik sekiranya OPR naik.
Sebenarnya,
- Kadar faedah yang lebih tinggi untuk simpanan dan pinjaman menggalakkan orang ramai untuk menyimpan dan kurang berbelanja.
- Apabila orang kurang berbelanja, perniagaan akan menaikkan harga secara lebih perlahan kerana permintaan rendah.
- Beginilah cara OPR kurangkan inflasi.
2) OPR tak patut naik sebab inflasi dah turun.
Sebenarnya,
- Walaupun inflasi keseluruhan menurun, tekanan harga yang disebabkan ole faktor permintaan (“inflasi teras”) mash tinggi (SI 2023: 3.9%, purata jangka panjang: 2.1%)
- Permintaan yang kukuh menyebabkan harga tetap tinggi walaupun kos pengeluaran berkurang
3) Kenaikan OPR terlalu agresif.
Sebenarnya,
- OPR diselaraskan secara beransur-ansur dan terkawal
- Sejak tahun 2022, OP dinaikkan sebanyak +125 mata asas, kembali kepada kadar sebelum
COVID- 19. Ekonomi Malaysia juga telah mengatasi tahap sebelum krisis - Bandingkan dengan:
- AS: +500 mata asas
- Filipina: +425 mata asas
- Indonesia: +225 mata asas
4) BNM naikkan OPR untuk ikut Amerika Syarikat.
Sebenarnya,
- Keputusan OPR dibuat berdasarkan prospek pertumbuhan dan inflasi di Malaysia
- Masa dan magnitud kenaikan OPR Malaysia tidak mengikut negara lain
- Malaysia: +125 mata asas
(25 mata asas setiap kali dengan kadar OPR tidak berubah sebanyak 2 kali) - AS: +500 mata asas
(75 mata asas dan 25 mata asas setiap satunya sebanyak 4 kali, 50 mata asas sebanyak 2 kali dan tiada kadar yang dikekalkan)
5) Kenaikan OPR akan menyebabkan kemelesetan ekonomi.
Sebenarnya,
- Kenaikan OP bertujuan untuk mengawal inflasi pada masa ekonomi berkembang
- Inflasi yang tinggi menjejaskan semua orang, tetapi rakyat berpendapatan rendah akan paling terkesan
- Jika kita tidak berhati-hati, inflasi boleh menjadi tidak terkawal seperti di beberapa negara lain
- Kelak, OPR perlu dinaikkan lebih tinggi untuk menurunkan tekanan harga. Keadaan ini akan lebih menyukarkan semua orang
6) OPR yang lebih tinggi tak beri manfaat pada sesiapa.
Sebenarnya,
- Apabila OPR naik, kadar faedah untuk simpanan anda juga akan naik
- Banyak pihak yang bergantung pada kenaikan kadar faedah simpanan untuk melindungi simpanan dan membiayai perbelanjaan, terutamanya pesara
- Paling penting, inflasi yang rendah dan stabil memberikan manfaat kepada semua, melindungi kuasa beli, dan perniagaan juga bole merancang dengan lebih baik.
7) Lagi rendah OPR, lagi bagus.
Sebenarnya,
- OPR yang dikekalkan terlalu rendah untuk terlalu lama boleh memudaratkan ekonomi
- Hal ini boleh menyebabkan perbelanjaan dan pinjaman yang tidak mampu berterusan, lantas menaikkan harga. Semua pihak akan terkesan
- OPR yang terlalu rendah untuk terlalu lama juga menyebabkan pengambilan risiko berlebihan dan pelaburan spekulatif untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.
Penipuan kewangan juga akan meningkat - Sejarah menunjukkan bahawa kadar faedah yang terlalu rendah untuk terlalu lama boleh menyebabkan krisis, seperti
Krisis Kewangan Global 2008/09.
8) Kenaikan OPR menyebabkan lebih banyak kebankrapan.
Sebenarnya,
- Kadar kes bankrap semakin berkurang
- Kadar pinjaman mungkir kekal rendah
(Pinjaman terjejas bersih pada bulan Mac 2023: 1.1%) - Kebankrapan lazimnya adalah pilian terakhir yang diambil oleh bank selepas semua cara lain telah diusahakan. Rancangan pembayaran alternatif dengan pelanggan merupakan keutamaan bank.
9) Saya tak boleh bayar balik ansuran bulanan saya yang baharu. Apa yang boleh saya buat?
Sebenarnya,
- Bantuan sentiasa tersedia
- Hubungi bank anda atau AKPK untuk membuat pengaturan pembayaran balik baharu yang paling sesuai dengan keadaan kewangan anda pada masa ini.
Sumber: Bank Negara Malaysia
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official