Dua anggota TUDM maut, bom lempar meletup

Myra HamdiBerita2 years ago2 Views

[DIKEMASKINI] Sesi latihan menembak senjata dan bom lempar semalam bertukar tragedi apabila seorang anggota pelatih serta seorang jurulatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut manakala seorang lagi jurulatih parah selepas bom lempar meletup di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Dimaklumkan kejadian berlaku pada 12 tengah hari ketika mereka sedang menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di tapak latihan kem tersebut.

Sumber melaporkan, bom lempar berkenaan meletup di dalam bunker ketika proses latihan dilaksanakan.

Sementara itu, TUDM dilaporkan akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Sementara itu, seorang lagi jurulatih yang cedera dalam kejadian yang sama masih menerima rawatan di Hospital Segamat.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam kenyataan semalam memaklumkan pihaknya akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sumber : Metro

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

0 Votes: 0 Upvotes, 0 Downvotes (0 Points)

Leave a reply

Previous Post

Next Post

Loading Next Post...
Follow
Search Trending
TERLEPAS KE?
Loading

Signing-in 3 seconds...

Signing-up 3 seconds...

Cart
Cart updating

ShopYour cart is currently is empty. You could visit our shop and start shopping.