Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Sunday, June 15, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

3,000 pendaftar pertama PADU bakal terima kad NFC, diskaun Mydin – Rafizi

by Team Kepochi
December 29, 2023
2 min read
7 0
0
3,000 pendaftar pertama PADU bakal terima kad NFC, diskaun Mydin – Rafizi
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengumumkan 3,000 pendaftar pertama dalam Pangkalan Data Utama (PADU) berpeluang menerima kad NFC Touch ‘n Go secara percuma.

Selain itu, mereka juga bakal mendapat diskaun daripada pasar raya terkemuka, Mydin namun jumlah diskaunnya masih belum dikongsikan.

Menurut Rafizi, tawaran-tawaran itu adalah sebahagian daripada usaha untuk merancakkan pendaftaran dan kemas kini maklumat dalam sistem yang akan dilancarkan pada 2 Januari 2024 itu.

RELATED STORIES

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

June 7, 2025
Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!

Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!

June 7, 2025

“Bagi mereka yang kemas kini dan daftar pada pada 2 Januari 2024…ini akan menyebabkan orang akan masuk ramai…untuk 3,000 pendaftar pertama di dalam PADU, akan mendapat kad NFC daripada Touch ‘n Go secara percuma.

“Padu juga bekerjasama dengan Mydin, dan bagi mereka yang dah berdaftar, mereka layak untuk mendapat diskaun di Mydin.

“Kita galakkan seberapa banyak pengusaha lain, untuk turut serta seperti mana dilakukan Touch ‘n Godan Mydin, untuk mereka cipta sendiri diskaun untuk naikkan fokus dan keterujaan PA, tanpa ada satu sen pun duit kerajan dikeluarkan,” katanya.

Bahkan, beliau turut menjangkakan lebih banyak tawaran akan tersedia buat rakyat Malaysia yang kemas kini dan mendaftar dalam Padu pada awal tahun depan.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai PADU di Putrajaya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Rafizi berkata kos untuk membangunkan sistem PADU hanya menelan belanja beberapa juta ringgit.

Menurutnya, ia lebih rendah jika dibandingkan dengan proses biasa dengan membuka tender dan kemudian membayar pula kepada vendor.

“Kos itu, dia ada dua bahagian. Satu, tenaga kerja, itu percuma sebab ia dibina oleh penjawat awam. Cuma mereka perlu bekerja lebih dalam tujuh bulan, selain daripada kerja mereka.

“Tapi kos lain adalah bandwidth (jalur lebar), server dan sebagainya. Saya rasa itu kosnya dalam beberapa juta ringgit.

“Apa kami buat, kalau kebiasaan kita nak buat sesuatu, kita buka tender dan vendor masuk, kita perlu bayar.

“Apa yang kita buat sekarang ialah, kita lihat bajet yang sedia ada, yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk tahun 2023, dan sedikit untuk tahun 2024 dan kita ambil dari situ,” ujarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan melancarkan PADU pada 2 Januari 2024.

PADU menggabungkan data dari pelbagai agensi kerajaan untuk membina maklumat lengkap setiap isi rumah.

Isi rumah iaitu ibubapa, anak, pendapatan setiap isi rumah, tempat tinggal, jumlah tanggungan, jumlah anak bersekolah, kenderaan, harta, setiap bantuan diterima dan bantuan kerajaan yang layak diterima. -AWANI

Previous Post

Enam saluran percuma sempena tahun baru 2024

Next Post

Bendera Sarawak kini dikenali sebagai Ibu Pertiwi – Abang Johari

Next Post
Bendera Sarawak kini dikenali sebagai Ibu Pertiwi – Abang Johari

Bendera Sarawak kini dikenali sebagai Ibu Pertiwi - Abang Johari

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal
  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker