Virus Parvo yang juga dikenali dengan nama Feline Infection Enteritis (FIE) dan Feline Panleukopenia, boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi lebih-lebih lagi bagi sekumpulan kucing yang tidak divaksin. Bagaimana ianya berlaku? Virus ini mempunyai daya tahanan yang kuat dan boleh berada di persekitaran luar dalam tempoh yang agak panjang.
Feline Panleukopenia
Anak kucing lebih mudah untuk dijangkiti virus ini terutamanya apabila antibody yang mereka terima dari susu ibu berkurangan semasa usia 4 ke 12 minggu. Kucing dewasa yang tidak vaksin juga mudah dijangkiti virus Parvo dan berisiko untuk membolehkan penggalak virus ini berlalu.
Jangka hayat virus Parvo ini dikatakan boleh menjangkau sehingga setahun dan memerlukan kuman yang khas untuk membunuhnya. Selain pergaulan terus dengan kucing yang dijangkiti virus ini (terutama persekitaran yang banyak kucing), virus ini juga boleh tersebar melalui najis kucing. Dari kawasan yang tercemar dengan najis inilah, kucing-kucing yang lain boleh dijangkiti virus Parvo.
Antibiotik tidak memberi kesan terhadap virus ini namun veterinar mungkin akan memberi kucing anda antibiotik hanya untuk mengelak jangkitan lain menyerang kucing anda. Ubat untuk mengurangkan muntah juga akan diberi sekiranya perlu.
Walaupun ada juga kes kucing vaksin dijangkiti Parvo, tetapi antibody kucing masih kuat untuk melawan
RAWATAN DI RUMAH
- Force feed makanan dan air glukosa kepada kucing dengan menggunakan picagari.
- Kucing sebaiknya diberi air glukosa 2-3 jam sekali dengan sukatan 3-4 picagari untuk beri kucing tenaga.
- Wet food harus diberi sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan sukatan 2-3 picagari.
- Wet food yang dicadangkan adalah jenama Hill’s jenis A/D. Ia sangat baik untuk fast recovery kerana ia mempunyai ubat. Harga sekitar RM11 untuk satu tin dan kebiasaannya boleh didapati di veterinar.
- Ada juga yang memberi kucing minum air kelapa muda. Ini kerana air kelapa bersifat diuretic sesuai untuk membuang bendasing dalam tubuh dan menaikkan immune badan kucing.
Vaksinasi hanyalah jawapan kepadanya. Vaksinasi utama selalunya bermula semasa kucing berumur 8 atau 9 minggu dengan vaksinasi kedua pada tiga atau empat minggu seterusnya. Penjagaan rapi diperlukan apabila memvaksin kucing betina yang bunting untuk mengelak dari dijangkiti virus Parvo kerana ada vaksin yang memberi efek kepada anak kucing yang belum lahir.
KREDIT: FACEBOOK