Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Monday, May 19, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Info

Tiga Tahun Terdedah Ancaman Gengster

by Zainal Rashid Ahmad
October 21, 2020
2 min read
38 2
0
https://www.facebook.com/SuaraAnakCokit/videos/286557702481731/
Share on FacebookShare on Twitter

RELATED STORIES

ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

May 11, 2025
Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

May 11, 2025

“Tiga tahun hidup terdedah ancaman gengster”
-Wan Kamaruddin Wan Ibrahim

Segmen wawancara Garasi Republic @ Suara Anak Cokit Selasa 9 Jun 10.30 malam.

Wan Kamaruddin muncul sebagai tamu di Studio Garasi Republik sehari selepas Dang Suria.

Reputasi Wan Kamaruddin sebagai hos, pembaca berita dan aktivis kemanusiaan ke Palestin pada 2017 – dinantikan netizen.

Apa pun hantaran penonton pada malam itu lebih jenuh bertanyakan peranannya mengendalikan tagline “apa kejadahnya ini semua.”

“Saya fikir melakukan kerja-kerja kewartawanan penyiasatan ada masanya satu kerja gila.” katanya.

Wan Kamaruddin berkongsi pelbagai pengalaman ketika menjadi hos Edisi Siasat pada 2001 hingga 2004.

Pengalaman diancam empat gengster yang muncul di depan bangunan ntv7 dan memburunya kerana mendedahkan skandal menjual sijil cuti sakit antara pengalaman menarik.

Selain itu, impak sebagai hos Edisi Siasat menyebabkan Wan Kamaruddin terpaksa mengehadkan pergerakkan peribadinya.

“Selama tiga tahun sebagai hos, saya tidak keluar ke tempat awam dan berjalan sesuka hati kerana bahaya ancaman kumpulan jenayah terancang,” katanya.


Gengster berdendam kerana Edisi Siasat mendedahkan aktiviti jenayah terancang terutama premis judi mesin kuda, sindiket kelab hiburan yang menjual pil khayal kepada remaja serta aktiviti seks di premis karaoke.

“Kami mendedahkan secara audio visual aktiviti pusat mesin kuda terbesar di Taman Medan dan Sea Park hanya beberapa puluh meter daripada Balai Polis,” katanya.

Laporan ini tidak menyenangkan gengster dan pihak berkuasa. Namun, semua pendedahan itu disokong bukti rakaman video dan audio dari kamera tersembunyi.

“Edisi Siasat muncul dengan bukti rakaman visual. Kami ada bukti kukuh dan bersedia ke mahkamah,” katanya.

Bersiaran lebih 500 episod yang dipenuhi laporan pembongkan rasuah, jenayah terancang, pengedaran dadah dan judi mesin kuda – Edisi Siasat turut menerima sokongan awam.


“Penonton bersama kami dalam memerangi pelbagai kes yang merugikan negara dan mencetuskan krisis sosial terutama dadah dan perjudian. Itu sokongan yang menguatkan semangat kami,” katanya ketika diwawancara secara langsung di Facebook Suara Anak Cokit.

Sesi wawancara GarasiRepublic@SuaraAnakCokit menampilkan pelbagai tamu yang berkongsi kisah berkaitan suara marhean dalam perlbagai bidang termasuk profesional, aktivis dan pengalaman peribadi.

Wartawan jenayah Syahril Kadir yang terkenal sebagai Facebooker isu-isu Jejayah dan kisah kemanusia akan tampil tiap malam Selasa jam 10 malam di Facebook Suara Anak Cokit.

Bagi peminat pakaian vintaj, koleksi prelove dan street ware – Facebook Suara Anak Cokit menjalankan segmen jualan terbuka secara langsung empat kali seminggu bermula 10 malam hingga 4 pagi.

Sebagai komuniti amal bagi membantu peniaga kecil Melayu, Suara Anak Cokit juga menawarkan khidmat percuma kepada usahawan untuk mempromosi produk perniagaan mereka.

Foto : mynewshub

Previous Post

Krisis Perkauman Wabak Bahaya Media Sosial

Next Post

Kek Buah Legend Menggamit Memori

Next Post
Kek Buah Legend Menggamit Memori

Kek Buah Legend Menggamit Memori

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman
  • KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000
  • “Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka
  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker