Bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang akan berlangsung di Ipoh pada Sabtu dan Ahad ini. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang memberi perkenan kepada pengamal media membacakan khutbah Jumaat merupakan satu pengiktirafan tertinggi terhadap profesion kewartawanan di negara ini.
Tiga pengamal media iaitu Ketua Biro Sinar Harian Perak, Saifullah Ahmad, Editor, Rencana Agama dan Sastera Berita Harian, Mohd Nazmi Yaacob dan Penerbit Rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perak, Mohd Fahmi Mohd Nor mendapat perkenan Sultan Nazrin untuk membacakan khutbah bertajuk Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-nilai Islam di masjid-masjid sekitar Ipoh pada Jumaat.
Memetik temubual bersama Saifullah dengan Sinar Harian,ujarnya “Seperti mana terkandung di dalam teks khutbah, sebagai wartawan, adalah sangat penting sifat benar dan jujur diamalkan dalam menyampaikan berita mahu pun memberikan maklumat kepada masyarakat”.
Tambahnya lagi, tanggungjawab sebagai penyampai berita ini harus dibuat secara bertanggungjawab berlandaskan nilai-nilai Islam agar pekerjaan yang dilakukan diterima sebagai ibadah dan diberikan ganjaran oleh ALLAH SWT.
Saifullah juga pernah menerima Anugerah Pengamal Media sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri tahun lalu berkata, penghargaan harus diberikan kepada seluruh petugas media yang menjadi barisan hadapan dalam menyampaikan berita sahih kepada masyarakat.
Bersempena sambutan Hari Belia Negara minggu lalu, Sultan Nazrin turut memberi perkenan kepada 24 pemimpin belia membaca khutbah di masjid-masjid daerah di seluruh negeri.
Baginda turut memperkenan 14 pendidik untuk membaca khutbah sebagai mengiktiraf peranan golongan tersebut pada sambutan Hari Guru.
Sumber : Sinar Harian
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official