Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Monday, May 19, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

SPRM KE RIYADH UNTUK SAHKAN SURAT DERMA RM2.6 BILION – SAKSI 

by mykepochi.com
April 23, 2024
3 min read
6 0
0
Share on FacebookShare on Twitter
Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memperolehi sebarang dokumen sokongan daripada dua putera Arab Saudi berkaitan ketulenan empat surat dikaitkan dengan derma didakwa diberikan oleh kerabat diraja Arab Saudi kepada Datuk Seri Najib Razak. 

Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin, 37, berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi bagi memastikan ketulenan empat surat yang dikaitkan dengan derma RM2.6 bilion. 

“Tiada dokumen menunjukkan transaksi berkaitan dana yang dimasukkan dalam akaun bank Najib adalah datang daripada dua putera Arab Saudi itu,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi bekas perdana menteri itu. 

RELATED STORIES

Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

May 18, 2025
KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000

KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000

May 15, 2025

Saksi pendakwaan ke-49 itu menjelaskan bahawa kedua-dua putera itu tidak memberi keterangan berhubung dana yang didakwa masuk ke dalam akaun bekas perdana menteri atas alasan protokol diraja.

“Mereka hanya menunjukkan pasport untuk tujuan pengecaman dan tiada salinan dibekalkan,” katanya.

Nur Aida berkata pegawai SPRM yang telah pergi ke Riyadh pada ketika itu adalah Asisten Komisioner SPRM Mohd Nasharudin Amir, Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLFOP) SPRM, Fikri Ab Rahim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang ketika itu sebagai wakil Pejabat Peguam Negara.

Nur Aida juga tidak menolak cadangan Muhammad Shafee bahawa kesemua mereka (pegawai SPRM) itu boleh dipanggil sebagai saksi dalam kes ini kerana mereka adalah pegawai yang berjumpa dengan dua putera Arab itu dan relevan untuk perbicaraan ini.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.–AlHijrah Online

source https://alhijrahnews.com/sprm-ke-riyadh-untuk-sahkan-surat-derma-rm2-6-bilion-saksi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sprm-ke-riyadh-untuk-sahkan-surat-derma-rm2-6-bilion-saksi

Previous Post

Kegunaan Kreatif untuk Sampul Duit Raya

Next Post

Ramai yang tak tahu fakta menarik tentang beras ni!

Next Post
Ramai yang tak tahu fakta menarik tentang beras ni!

Ramai yang tak tahu fakta menarik tentang beras ni!

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman
  • KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000
  • “Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka
  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker