Sony Semiconductor mengumumkan kerjasamanya dalam pembangunan sensor LYTIA bersama produk syarikat telekomunikasi Oppo. Namun, tidak didedahkan model dan jenis peranti yang akan menggunakan sensor ini.
Sebelumnya, Sony mengumumkan siri sensor LYTIA yang menggantikan siri IMX mereka pada tahun lalu.
Dengan mempunyai lima sensor 50MP di bawah keluarga LYTIA, Ia hadir dalam lima pilihan masing-masing dengan saiz fizikal yang berbeza mengikut kesesuaian peranti yang ingin menggunakannya.
Sensor baharu Sony LYTIA berkemungkinan besar menjadi sensor terhangat pada peranti Android tahun ini sekaligus menjadikan syarikat tersebut sebagai pengeluar sensor kamera terbesar dunia.
Oleh yang demikian, kepakaran Sony dalam arena fotografi tidak boleh dinafikan lagi.
Sensor dua lapisan ini adalah kesinambungan kepada sensor yang digunakan pada Xperia 1 V yang dilancarkan awal tahun ini.
Dengan dwi-lapisan transistor ia boleh menawarkan prestasi rakaman mod malam lebih baik kerana boleh menangkap lebih banyak cahaya.
Oppo adalah syarikat kedua di bawah BBK Electronics yang bekerjasama dengan Sony.
Namun, Vivo terlebih dahulu melakukan pengumuman yang sama Mei lalu untuk siri X100 mereka.