Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Tuesday, June 3, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Situasi terkini COVID 19 di Malaysia

by Team Kepochi
November 26, 2023
2 min read
7 0
0
Situasi terkini COVID 19 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan tular mengenai peningkatan kes COVID 19 baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan melalui sebuah kenyataan media mengenai Minggu Epidemiologi ke-46 (ME 46/2023) bermula 12 November 2023 hingga 18 November 2023, sebanyak 2,305 kes COVID-19 telah dilaporkan. 

Peratusan kes COVID-19 yang dilaporkan pada ME 46/2023 meningkat sebanyak 28.0 peratus, berbanding 1,801 kes yang dilaporkan pada ME 45/2023 (5 November 2023 hingga 11 November 2023).

Kadar kemasukan pesakit COVID-19 (termasuk pesakit yang disyaki COVID-19) ke fasiliti kesihatan menurun kepada 2.0 bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 46/2023 berbanding ME 45/2023. Pada ME 46/2023 pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 0.4 peratus, manakala peratus pengisian katil bukan kritikal COVID-19 pula adalah sebanyak 0.7 peratus. Sehingga kini, situasi COVID-19 masih terkawal di Malaysia.

RELATED STORIES

“Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

“Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

May 26, 2025
Kesihatan Tak Mahal, Kalau Tahu Caranya

Kesihatan Tak Mahal, Kalau Tahu Caranya

April 26, 2025

Pada ME 46/2023 juga sebanyak 21 varian Omicron baharu dilaporkan yang terdiri daripada 20 kes Variant of Concern (VOC) dan 1 kes Variant of Interest (VOI). Sehingga kini sebanyak 785 kumulatif kes currently circulating VOI (XBB.1.16, XBB.1.5, dan EG.5) dengan 783 kes tempatan dan terdapat 2 kes import.

Pecahan kes merangkumi 143 kes di Sarawak, 136 kes di Selangor, 119 kes di WP Kuala Lumpur, 117 kes di Melaka, 59 kes di Johor, 52 kes di Kedah, 37 kes di Pulau Pinang, 24 kes di Terengganu, 23 kes di Sabah, 21 kes di Kelantan, 16 kes di Negeri Sembilan, 12 kes di Perlis, masing-masing sembilan (9) kes di Perak dan WP Putrajaya, dan lapan (8) kes di Pahang.

Sehingga ME 45/2023, hasil aktiviti survelan Influenza-Like Illness (ILI) dan Severe Acute Respiratory Infections (SARI) bagi COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati sebanyak 61 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 7.0 peratus. Manakala sebanyak 69 sampel SARI dengan kadar positif 3.0 peratus pada ME 45/2023.

Berdasarkan data sehingga 31 Oktober 2023, hanya 16,348,414 penduduk Malaysia (50.1 peratus) telah menerima dos penggalak pertama dan hanya 828,148 penduduk Malaysia (2.5 peratus) telah menerima dos penggalak kedua. Risiko kemasukan ke hospital dan keterukan gejala boleh dikurangkan dengan pengambilan dos penggalak.

KKM menjangkakan kemungkinan sedikit peningkatan kes COVID-19 akan berlaku susulan pergerakan dan perjumpaan sanak saudara dan sahabat handai ketika sambutan perayaan dan aktiviti-aktiviti perkumpulan.

Sehubungan itu, KKM ingin menasihati orang ramai supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

• Kerap mencuci tangan dengan pensanitasi serta memakai pelitup muka terutamanya bagi yang bergejala atau apabila berada di tempat tertutup, sempit dan sesak;

• Kumpulan berisiko tinggi seperti warga tua, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah, dan ibu mengandung juga digalakkan memakai pelitup muka;

• Mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, and Seek) sekiranya bergejala;

• Disarankan untuk mendapatkan rawatan antiviral Paxlovid di Klinik Kesihatan terdekat bagi individu positif COVID-19 dan berisiko tinggi bagi mengurangkan risiko mendapat komplikasi jangkitan yang serius; dan

• Mendapatkan dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan, morbiditi, dan kematian terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi.

Previous Post

Gelinciran cerun mengejutkan penghuni Pangsapuri Taman Cheras Mas

Next Post

Trend ‘Kopi Joss’ satu kesalahan, pengusaha premis boleh didenda RM10,000, penjara dua tahun – KKM

Next Post
Trend ‘Kopi Joss’ satu kesalahan, pengusaha premis boleh didenda RM10,000, penjara dua tahun – KKM

Trend 'Kopi Joss' satu kesalahan, pengusaha premis boleh didenda RM10,000, penjara dua tahun - KKM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman
  • KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000
  • “Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka
  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker