Ralph Lauren (RL) dilahirkan di Bronx New York pada 1939 sebagai Ralph Lifshitz.
Bronx bandar dipenuhi masyarakat miskin dan dibuka pada 1898. Pada era itu juga bapanya, Frank Lauren datang dari Siberia dan meneroka kehidupan di Bronx.
RL berketurunan Yahudi Ashkenazi.
Sebagai anak tukang cat, RL hidup dalam keluarga berpendapatan rendah. Dia berjaya tamat belajar di sekolah tinggi di DeWitt Clinton High School pada 1957 tetapi gagal di universiti.
RL hanya sempat belajar selama dua tahun di California University New York (1959-1861) sebelum menyertai tentera Amerika Syarikat selama dua tahun (1962-1964).
Selepas meninggalkan tentera, RL menjadi pembantu jualan di Brook Brothers pada 1965.
Ini period yang dramatik kerana Brook Brothers gagal mengesan bakat RL sebagai pereka fesyen.
Akhirnya, RL berhenti dan menyertai Beau Bummel; jenama elit fesyen yang berpusat di New York.
Tanpa pendidikan tinggi dan hanya
bekas pembantu jualan di Brook Brothers – RL nekad bertemu Presiden Beau Bummel dan meminta peluang diberikan “line” produknya sendiri.
“Line” ialah istilah memiliki produk dan desain serta pengeluaran sendiri.
Baeu Bummel memberikan ruang pada RL dengan dibenarkan memiliki “line” menghasilkan tali leher.
Inilah detik bermula sejarah: titik sejarah jenama Ralph Lauren menggunakan tanda niaga “Since 1967”.
Tahun 1967 merujuk pada desain tali leher yang pertama yang dihasilkan RL.
KISAH CINTA SEJATI RL & RICKY ANNE
RL punya kisah cinta luar biasa. Dia mengahwini Ricky Anne pada 1964 ketika hidupnya masih berantakan. Kisah cinta pasangan ini dianggap Romeo & Juliet New York.
Malah, pasangan ini dianggap ikon cinta sejati di AS kerana kekal bersama hingga sekarang. RL dihormati kerana kekal menyintai isterinya.
Manakala Anne dikagumi kerana bersama RL sejak era kehidupan penuh kegagalan. Ada beberapa lagi kisah jatuh bangun designer hebat ini sepanjang Anne bersamanya.
Usaha RL sebagai pereka desain tali leher pada 1967 tidak dia-sia. Walaupun tanpa pasukan pemasaran – RL melukis dan memasarkan sendiri produknya.
Ini memberikan tuah kerana peluang berulang-alik mencari butik pemasaran menyebabkan RL bertemu pengurusan Blomingdale Manhatan.
Kompleks terkenal ini menghargai dan mengesan bakat hebat RL. Pada 1969, RL diberikan butik sendiri di Blomingdale. Sesuatu yang tidak pernah diberikan kepada mana-mana pereka dunia.
Pada 1970, RL membuka syarikat jenamanya sendiri. Ralph Lauren wujud dengan pinjaman AS$50 ribu (RM220 ribu) yang dipinjamkan abangnya, Jery.
RL bermula dengan jenama rekaan fesyen untuk wanita. Namun, produk ini gagal menjana untung.
Pada 1972, setelah jenama Ralph Lauren gagal mendapatkan tempat sebagai produk wanita, RL bertindak lebih berani.
Dia melancarkan 24 desain lelaki dengan 17 warna sebagai tindakan beralih arah untuk menyelamatkan kegagalan bagi projek fesyen wanitanya.
Tindakan ini satu bencana. Ralph Lauren hampir muflis pada 1972. RL diselamatkan Norman Hilton; pemilik kilang pakaian.
Kali ini Norman meminjam AS&200 ribu (RM840 ribu) bagi menyelamatkan krisis kewangan jenama Ralph Lauren.
Seterusnya itu semua tinggal sejarah.
Tanpa patah semangat, RL berjaya menakluk dunia. Senarai genre desainnya pada 1974 berjaya menakluk dunia fesyen selepas itu.
Ralph Lauren muncul dengan kombinasi pasaran elit bagi pengedaran Polo Ralph Lauren,
Double RL, Ralph Lauren Childrenswear dan Denim & Supply Ralph Lauren.
Sebelum menjadi lebih kukuh dan berada dalam kelas dunia dengan menguasai pasaran New York, London, Paris dan Tokyo.
Ini dilakukan melalui desain hebat dalam genre Club Monaco, Ralph Lauren Purple Label dan Ralph Lauren Collection Brands.
RALPH LAUREN & THE GREAT GATSBY
RL selepas kejatuhan pada 1971 dan 1972, sebenarnya bangkit dan mencipta langkah besar melalui koleksi The Great Gatsby pada 1974.
Walaupun desain ini membawa jenama Ralph Lauren berpatah balik ke era menghidupkan semula gaya British dekad 1920-an.
Koleksi The Great Gatsby bertambah hebat apabila segmen warna pink menjadi ikonik dengan eksklusif digayakan aktor popularkan Robert Redford.
Koleksi ini dikenali sebagai The Jay Gatsby.
Tuah Ralph Lauren jadi berganda apabila pada 1977, aktres hebat Diane Keaton dan pelakon/pengarah Woody Allen mencipta sejarah Ralph Lauren di layar filem.
Dua pelakon A-List Hollywood ini menggayakan semua pakaian Ralph Lauren melalui filem “Annie Hall”.
Filem ini menerima Oscar pada 1978.
Itulah RL dan jenama Ralph Lauren. Sejarah kerja kuat dan bakat budak Bronx yang berjaya menakluk dunia walaupun bermula dengan langkah yang sukar.
- ZRA @ https://mykepochi.com/