Roh – sebuah cerita seram yang mendebarkan. Setiap detik membuatkan kita lebih berhati-hati untuk menanti kejutan dan tertanya-tanya apa akan terjadi seterusnya. Namun, jangan khuatir sekalipun anda bukan peminat cerita seram, Roh memang sesuai untuk anda.
Roh sangat straight forward tetapi tricky. Haa itu yang istimewanya.
Ok, Roh berkisar sebuah keluarga (Mak, Along & Angah) yang tinggal betul-betul di ceruk hutan pendalaman. Mereka menemui seorang budak perempuan (Adik) seorang diri di hutan dan membawanya ke rumah mereka untuk tinggal bersama. Keesokannya, mereka dikejutkan Adik yang memberikan peringatan bahawa bila bulan mengambang, semua akan mati. Sesuatu kejadiaan ngeri berlaku dan selepas itu, perkara pelik-pelik menimpa keluarga itu.
Semua yang berlaku terus menjadi tanda tanya, siapa Adik?
“ROH” ternyata sangat mendebarkan apabila misteri demi misteri menjengah. Satu persatu lapisan dikupas menggerak cerita.
Susana rimba dalam Roh dapat dirasai semangatnya. Baik rumah, sangkar mahupun api seolah menjadi karakter. Rasa keterasingan buat rasa lebih seronok menonton Roh. Boleh dikatakan feel tu datang seawal permulaan cerita lagi.
Kejadian-kejadian aneh dan misteri ngeri yang berlaku dari penyembelihan kejam hingga serangan demam tiba-tiba, perlahan-lahan membina rasa gelisah dan ketakutan. Dengan peristiwa ghaib, ilmu hitam menambahkan keseronokan pada filem ini.
Tidak banyak yang tidak disukai dengan “ROH.” Lakonan yang hebat dengan lontaran dialog kata-kata yang kita boleh relate dengan kehidupan seharian. Sehinggakan ada kata-kata yang boleh dijadikan quotes atau kata-kata hikmah. Isu utamanya sangat jelas dan mudah, cuma digerakkan secara perlahan sedikit dan mungkin dianggap lambat oleh sesetengah orang.
Ya, kisah ini sememangnya bukan karya biasa-biasa. Roh menghiburkan dan tidak merugikan bagi yang meminati drama seram dan sangat disyorkan pada yang baru mula berjinak-jinak dengan cerita seram.
Syabas buat Kuman Pictures & seluruh tim ROH!
ROH
Genre: Seram
Durasi: 83 Minit
Pelakon: Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, Namron, Junainah, Putri Qaseh
Pengarah: Emir Ezwan
Musik / Runut Bunyi : Reinchez Ng
Sinematografi: Saifuddin Musa
Suntingan: Safwan Salleh