Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Prof Md Nasir Ibrahim, ditamatkan berkuat kuasa hari ini. Keputusan ini dikatakan merupakan keputusan Lembaga Pengarah Finas.
Menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil ketika ditemu ramah, keputusan itu dibuat sebagai langkah penstrukturan semula beberapa dasar dan rombakan penyelarasan bagi hala tuju masa depan Finas.
Tambahnya keputusan yang diambil berdasarkan pandangan daripada pihak Lembaga Pengarah tentang hala tuju masa depan Finas.
Finas dalam kenyataan hari ini merakamkan penghargaan kepada Md Nasir atas segala sumbangan dan jasa bakti sepanjang perkhidmatan bermula 1 Nov 2021 sehingga 31 Mei dan memutuskan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Finas Rozita Waty Ridzuan menanggung kerja jawatan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS berkuat kuasa hari ini sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
Sumber : Awani
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official