Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan medan selera D’Anjung Selera Madani Jalan Jujur, Bandar Tun Razak tengah hari tadi. Turut hadir Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Ketika berucap pada Majlis Perasmian D’Anjung Selera Madani siang tadi, beliau mengumumkan kadar sewaan bagi tapak gerai di D’Anjung Selera Madani Jdi sini diturunkan kepada RM200 sebulan daripada kadar sewaan yang ditetapkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) iaitu RM400 sebulan.
Namun, sekiranya mana-mana peniaga gagal membayar sewa mengikut tempoh ditetapkan, bakal ditamatkan lesen perniagaannya melainkan berlakunya darurat seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik COVID 19 berlaku.
Dalam pada masa yang sama, beliau turut mengarahkan pihak bertanggungjawab di semua peringkat merancang ubah wajah penempatan gerai peniaga kecil dan penjaja di seluruh negara kepada infrastruktur lebih selesa, indah dan bersih. Tambahnya, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mewujudkan pelan tersebut sebagai usaha mengangkat martabat sekali gus memberi penghormatan serta ihsan kepada golongan berpendapatan kecil, khususnya peniaga.
Pusat penjaja ini dilsediakan dengan 24 unit gerai dan tiga unit kiosk. Fasiliti ini juga turut dilengkapi kemudahan surau, tandas, rumah sampah dan juga ruang parkir kenderaan.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official