Pengasas bersama syarikat penerbangan tambang murah ditahan

Myra HamdiBerita2 years ago2.1K Views

Polis hari ini menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata mereka ditahan bagi membantu siasatan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Datuk berkenaan yang berusia 57 tahun bersama isteri, 55, dan anaknya, 26, ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada jam 5.30 petang,” katanya kepada BERNAMA, malam ini.

Beliau berkata, polis akan membuat permohonan reman esok.– BERNAMA

Follow
Search
Loading

Signing-in 3 seconds...

Signing-up 3 seconds...